Friday, December 30, 2011

Kenangan South Korea Part 2

Assalamualaikum~

Alhamdulillah at last berjaya upload semua gambar masa cuti bulan 5 hari tuh. Kenangan yang tak dapat dilupakan sampai bila2. Entry di mana gambar yang menceritakan segala2nya. Kalau yang belum or terlepas entry masa part 1 boleh klik sini ==> Kenangan South Korea Part 1. Before that jom kita layan lagu SEOUL from 2PM & SNSD yang cukup cumel ni. Antara tempat2 yang aku pernah pergi ada dalam video clip lagu nih :)


Kalau dalam entry part 1 stop sampai kat masjid Itaewon. Jom kita sambung berjalan ke Gwanghwamun Square plak. Dataran yang cukup besar. Korang boleh tengok sendiri kalau dari udara atas sumber ikhlas encik google. Berjalan dari utara ke selatan Gwanghwamun Square tu tak tahu lah dah makan masa berapa lama. Syiokkk sangat bergambar kan hehe ! Bila dah sampai hujung tu kiteorang jumpa Gyeongbok Palace. One of the history place kat korea. Tapi tak masuk pun, waktu tu pun dah nak gelap dah.










Gambar sepanjang perjalanan nak ke Gwanghwamun Square. Sempat snap and shopping lagi masa tuh. Orang kata menikmati keindahan alam ciptaanNya. :)










Okayyy cantik kan ? Aku suka masa kat air pancut tuh. Kalau waktu malam ni mesti lagi cantik tau. Sampai rumah dah magrib jugaklah, sepanjang kiteorang kat sana memang dinner kat rumah je. Nasi dorang tak sama macam kita kat sini, and aku kurang suka nasi dorang kat sana. Malam tuh kiteorang merayap pergi World Cup Stadium. Takdelah jauh sangat dari rumah uncle aku. Just perlu naik bas je. Kalau nak naik subway pun boleh jugak.

World Cup Stadium ni bukan hanya sekadar stadium. Kat stadium ni ada satu shopping mall. Ada cinema lagi tau. Kelassss gitu hehe. And kiteorang kemaruk ada satu game yang boleh snap pict kita sendiri. Lama jugak lah mengadap benda alah tu. Dahla benda tu kat tempat public, so buat muka tak tahu malu jela. Lagipun takde siapa yang kenal kita kat sana kan hahahaha !




Stop sampai di sini dulu. Tunggu last part from me insyaAllah. :)



Thursday, December 29, 2011

#Cuti2 Kampus ! Kluang !

Assalamualaikum~

Once again cerita beberapa minggu lepas hehe! But still nak share jugak. Mula2 ingatkan plan ni tak jadi tapi alhamdulillah dapat gak pergi kluang buat kali kedua :) Plan awal nak celebrate birthday lisa kat sane sambil cuti2 malaysia kat taman rekreasi gunung berlumut. Hahaha excited giler nak pergi waterfall beb !

Actually lisa dah sampai sana sehari before kiteorang pergi sebab rumah dya kat sana wehuuuu ! Tapi we ollz plan nak check in hotel je kat sana. Yela takut merayap sampai tengah malam keluar masuk rumah orang kan tak sopan kan ? So pagi tu sampai je kluang terus pergi waterfall. Tak sabar giler haha !


After balik dari waterfall, we ollz pusing punya pusing nak cari hotel. At last Nagaria Inn destinasi we ollz. Tu pun usha harga paling low dapat lah 90++ gitu. Fehhhh ingatkan senang nak cari. After check inn we ollz lepak2 jap, bersihkan diri yang tak berapa nak bersih balik dari waterfall tadi. And then terus balik rumah lisa sebab lisa tak bawak barang2 dya lagi.

Sampai rumah lisa lepak tunggu lisa and terus cabut pergi kluang mall. Ramai jugak orang kat kluang mall ni. Yesssss ! Niat di hati nak pergi kacau cik boyfriend kat counter dya tapi tersangkut lama kat maxis center plak masa tu. Dapatlah jumpa cik boyfriend kejap and saje kacau dya tengah kerja. Niat dihati memang taknak kacau tapi terkacau, nak buat macamane kan ? haha Sorry ye cik boyfriend !

At that time, tasha jumpa kawan2 sekolah dya. Al maklumlah semua budak2 kluang kan :) So aku suruh tasha beli kek untuk birthday lisa. After dah buat onar kat tempat cik boyfriend we ollz cabut pergi tempat tasha. Adoiii kek depan mata la plak haha ! So bagilah alasan tu kek hariri mohd yang punya :) Lisa pun punya pembaris percaya apa we ollz gebang kan hehe

Sementara tunggu movie malam sikit, we ollz decide nak makan kat area2 nasi lemak world tuh. Ntah aku tak sure sangat area situ. Ikutkan aje dak2 kluang ni haa. Dah pinjam nama hariri mohd tapi tuan nya tak muncul2 so we ollz buka lah kek tu & ternyata nama lisa kat kek tuh. Tak tahu lah muka dya terkejut ke apa haha! After makan tau2 je cik boyfriend dah sampai kat tempat movie. Bukan nak cakap awal2 grrrr~ Dengan menggunakan 2 kaki ni we ollz masuk balik ke kluang mall. Malam tu we ollz lepak sampai pukul 2 ke 3, sempat lepak mamak lagi tu :)

Esoknya last day we ollz kat kluang. Pagi tu breakfast kat railway station. And then lisa drop aku & wan kat kluang mall. Malam semalam jalan tak puas. Okay dah tau sikit2 selok belok kluang mall tuh hehe So aku & wan jalan2 cuci mata kat mall tuh and teman cik boyfriend rehat. Petang tuh depa fetch aku & wan terus gerak balik jaybee. 6 orang satu kereta urmmm kepala aku dah pusing time tu, aku dah tak kisah apa nak jadi. Before sampai kampus we ollz makan besar dulu kat skudai. Memang kenyang habis malam tuh.

Thanx banget kat korang sudi bawa aku, FATIN NAZIHAH RUSLIN ke kluang. Ayat tak boleh blah hahahaha ! Lain kali kita bercuti ke tempat lain pula ya ! Jimat2 duit tu sikit baru best nak merayap haha ~ Adiossssss !



Tuesday, December 27, 2011

#Induction !

Assalamualaikum~

Memang belog aku ni selalu update story yang dah lapuk
Tapi takpe at least berupdated lah jugak kan
Nak cerita pasal induction haritu
Dah tak ingat dah berapa hari bulan tapi dalam bulan ni jugak lah
Induction sem ni lain dari yang lain
Sebab kena bersukan
Urmmm actually takdela bersukan mane pun
Takat main futsal je pun
Tapiiiiiiiiii
Sorry to say lah aku tak pernah main futsal
Bapak buruk bebenor aku main wei
Depa siap nak ajak main lagi
Aku diam jelah sebab aku rase kelakar gile even just jadi keeper je pun
But induction haritu macam tak berapa nak sesuai lorh
Sebab budak2 ramai yang cabut awal
Then yang tinggal orang yang sama jelah yang main
Yang hok boys tuh aku tengok semangat gila beraksi
Tapi just depa jelah yang hok kita nih
Hampehh hahaha
Tapi lepas ni paint ball plak
Yuhuuuuu
Kita tengok apa plak jadi lepas main paint ball nanti
Stay tuneeeeeee ^_^

After induction petang tuh !



Sunday, December 18, 2011

#Padanmuka kau !

Assalamualaikum~

Currently baru je tukar layout & edit sana sini
Sebab.. sebab..
Sendiri cari masalah
Sendiri lah kena tanggung
Habis semua benda kat sidebar hilang
Maybe aku terdelete masa nak masukkan layout tadi
Dannnnnnnnnnnnnnnnnnn
Dya memang suruh aku ngadap belog ni sampai lebam
Belog untuk subjek mgt pun belum habis edit
Dah kena ngadap yang satu lagi ni plak
Haiiiiii apela nasib kan
Kalau rajin masa mid term nanti jela aku jenguk kau balik
Kalau balik kampus lagi lah malas aku nak jenguk kau
Takde mood beb
Ingat senang ke nak cari feel nak ber-belog ni
Sebab tu lah belog aku ni dah lama tak berusik
Padahal banyak giler story yang nak disharekan
Sabau banyak2 okay
I will be back soonnnnnnnnnn~
So check it out ^_^


#Mereka sangat penting !

Assalamualaikum~

Even macam kelam kabut since belog aku ni dah hilang semuanya aku tetap nak naik entry jugak. Quite weird apesal lah semuanya hilang, sampai aku rasa fuhhhhh boring da nak update. Kalau sidebar semua tu nak hilang tak dan nak kata apela kan but nak post entry hok font semua tu pun dah takdo apo kononye jang ?? =='

Lupakan lah semua tu sebab entry ni aku nak dedicate kat orang2 tersayang yang selalu ade dengan aku. Teach me a lot about real life, macamna nak through all problems yang kadang2 buat aku sakit otak jugaklah. Selain family, kalau takde mereka ni aku rasa hidup aku tak colourful. Remember this, i will love you guys until my last breath :')




DEEPDOODOO. Story dalam belog aku ni lebih banyak pasal mereka2 ni. Sahabat yang ada saat susah senang. Pernah menangis ketawa dengan mereka. Eventhough sekarang ni still ada crisis, aku mengharapkan ada consideration antara kita. Seriously, aku tak suka dengan situation kita sekarang ni.Hipokrit antara kita buat kita akan jadi makin jauh. So, lupakanlah benda yang lepas. Yup, memang antara kita akan cakap bukan senang nak lupakan tapi we all bestfriend kan ? Apa maksud sahabat kalau antara kita sendiri berdendam. Still need you guys in my life~



THESYSTA. Jumpa saat hari pertama menjejakkan kaki di UiTM kampus bandaraya johor bahru. Alhamdulillah sampai sekarang adek2 aku nih still together even ada crisis jugak. Pernah menangis ketawa jugak bersama mereka. Kalau tadi 6 orang, kali ni kena jaga lagi 12 hati & perasaan. Ingat senang ? Tapi apakan daya,kita manusia yang sering buat silap kan ? so kata2 maaf sangat sinonim bila kita dah buat salah. Jangan malu nak ungkapkan maaf tu sebab orang akan lembut hati bila kita sendiri yang ungkapkannya. Even one of us dah pergi ISM, tak bermakna kita dah tak jadi systa kan ? Kak ten doakan yang terbaik untuk you all semua. Good luck & all the best buat aryna kat sana~



ADEK. Tu je yang aku ada buat masa sekarang selain family yang lain. Yang selalu kena bebel, kena itu kena ini, tu lah adek2 aku. Aku marah aku bebel bukan sebab aku benci tapi aku tak nak korang susah nanti. Aku tahu masing2 dah besar dah boleh buat apa korang suka tapi kadang2 fahamilah aku. Aku tak sekejam yang korang fikir, kadang2 aku rasa kesian sangat2 kat korang. Tapi sebabkan terlalu kesiankan korang, korang pandang tak pandang siapa aku kan. Ada sebab kenapa aku cakap tak boleh. Bukan sebab aku jeles dengan korang tapi sebab aku nakkan yang terbaik untuk korang. Fahamilah aku. Korang tetap adek2 aku sampai bila2. :'(



SAHABAT. Yup, begitu istimewa kan ? Setiap orang ada sahabat masing2 saat susah senang. Yazid & khai, yang akan ketuk aku suruh baca buku, ingat future. Kena marah dah jadi perkara biasa. Aku appreciate korang sangat2. Sti noraihan, sahabat yang paling lama dengan aku. Thanx being my bestfriend. I love you more than you love me aan :) Hafeza arif, sahabat saing2 yazid. Aku akan ada dengan kau selagi kau perlukan aku. Even kita dah jarang jumpa kau tetap dekat hati aku sampai bila2. Wan, tasha, atyn, kecik & dee, kampus UiTM yang menemukan kita. Aku mengharapkan friendship ni akan kekal sampai bila2~



CHENTAHATI. Kadang2 aku tertawa sendiri. Aku ada chenta hati ? Tapi realitinya sudah pasti. Thanx being a part of me hariri mohd. Mungkin you bukan orang pertama tapi i mengharapkan you adalah orang yang terakhir dalam hidup i. Semoga relationship ni akan kekal sampai bila2. I will remember this, " No matter what happen i'll standing by your side "~