Friday, September 30, 2011

dia SAHABAT

Sahabat,
Jangan terlalu mengagumi ketabahanku
Kelak aku akan terjatuh juga
Bawalah aku bersama ketabahan itu
Supaya impian menjadi nyata

Sahabat,
Walau kita baru bersua
Banyak ilmu yang telah engkau kongsi bersama
Kata-katamu pengubat jiwa yang luka
Akan tersemat buat selamanya

Sahabat,
Tidak berniat di hati ini
Untuk menakluki hatimu yang telah dimiliki
Cukuplah sekadar menjadi peneman diri
Sahabat selamanya itu yang pasti

Terima kasih atas nasihat
Terima kasih atas segalanya
Walau berat bebanan di atas bahumu
Masih sempat menjenguk diriku
Aku turut mengagumimu
Sebagaimana orang lain mengagumimu
Kau insan yang bertanggungjawab
Kau insan yang cukup matang
Terima kasih sahabat =')

Sahabat..
Di kala kau berada di negeri dan negara orang
Sahabatmu ini turut mendoakan keselamatanmu
Semoga kau selamat pergi dan kembali
Pergimu untuk meneruskan cita-cita anak bangsa
Im impressed too
Take care sahabat =')





0 Orang Berkongsi Pendapat: