Monday, August 1, 2011

JPAM di sungai pelepah

Assalamualaikum~

Dah masuk bulan ogos dah kan ? Cepat betul masa berlalu. Harini dah mula kita berpuasa. Hopefully ramadhan kali ni bukanlah ramadhan kita yang terakhir. Haiyaaa entry kali ni aku nak cerita pasal vacation ke kota tinggi selama 3hari 2malam dengan sekalian warga JPAM ( Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ). Berkurun punya cerita baru cik aten nih nak hupdate kan. Heeeee~

Hari Pertama~

Bergerak dari UiTM pun agak lambat masa nih. So sampai kat campsite dah nak dekat magrib jugaklah. Lepas dirikan khemah kiteorang diberi masa nak buat apa yang patut sebab malam tuh ada solo night. Fuhhh sepanjang aku hidup ni lah kan, tak pernah aku join solo night ke burung hantu ker. Agak cuak lah malam tuh tapi as long kita tak fikir apa2 yang merepek, insyaAllah semuanya akan okay. Alhamdulillah even first time buat solo night nih, takde apa2 perasaan sepanjang aku berjalan dalam beberapa kilometer tuh.

Ingatkan dah sampai penghujung jalan tu dah boleh tarik nafas lega. Rupanya tak. Kiteorang disoal siasat plak kat situ. I means jawablah apa yang ditanya pasal apa yang dah kiteorang belajar masa dalam kelas. Fuhhhh halangan pertama berjaya aku tempuh tanpa dikenakan apa2 denda. Tapi bila kena kat staff yus & koperal toha, hampehhhhh. Manalah aku nak hafal nombor badan koperal tu kan. Layankan lah denda2 dorang tu. Lepas tuh kiteorang dah free sementara tunggu yang lain. Fehhhh dorang kena lagi dasyat daripada kiteorang yang sampai awal nih. Sabar jela korang yeeee~





Hari Kedua~

Aktiviti hari kedua nih agak mencabar sikit sebab kiteorang kena panjat gunung panti. Fuhhh siyesly aku takkan panjat lagi gunung tuh. Masa dah balik baru aku tahu gunung tu agak keras. Masa naik tuh aku lah antara yang paling semangat dan orang2 terawal yang sampai puncak. Tapi bila nak turun aku lah antara orang2 yang pancit.

Kiteorang ni adelah dalam 60++ gtu so kiteorang berpecah ikut company masing2. Lebih kurang ledang je gunung nih. At least nak naik ke puncak ledang ada jugak tangga. Nak naik panti ni tali semata2. Fuhh memang chantek pemandangan kalau korang toleh ke bawah. haha~ Koperal ada cakap kat puncak ada air akar. So dalam kepala ni dah terbayang dah air tuh sebab bekalan air yang dibawa semua dah habis. Tapi alangkah sedihnya bila dah sampai puncak, mana airnya ?? Tak ada. Koperal cakap bukan kat situ tapi kena jalan lagi berapa kilometer.

Air punya pasal, ikut lah koperal menuju ke destinasi air akar tuh. Pehhhhhhh ingatkan dekatlah jugak tapi siyesly jauh giler. Kaki ni dah macam nak tercabut dah. Bila sampai je, tengok kaler air tuh. Eh boleh minum ke air nih. Kaler dya dah macam air coke dah. Ada yang geli nak minum tapi aku dah tak kisah dah pasal semua tuh. Tengok je kaler macam tuh bila minum tak rasa apa2 pun.

Dengan air akar tu jugaklah kiteorang buat masak. Buat minum. Sementara tunggu yang lain tu kiteorang dah kenyang. Bukanlah kenyang macam makan kat rumah, sekadar alas perut je. Kesian giler bila tengok yang lain sampai. Macam jauh giler perjalanan dorang nak sampai ke situ. Chill lah korang, kiteorang ni pun rasa macam korang rasa tuh. Tak sesat tuh dah patut bersyukur kan.

Bila semua dah kenyang and dah rest kejap, kiteorang bergerak turun. Company kiteorang yang gerak dulu. Selalunya turun ni lagi kejap dari masa nak naik. Tapi aku tengok tak sampai2 jugak. Aku dah pancit masa nak turun tuh. Nasib baiklah ada budak2 laki company aku yang tolong kaber aku kat belakang. Ada yang dah menangis sebab kaki dah tak kuat. Masa turun tuh kiteorang jumpa sungai. Koperal suruh berhenti dekat situ. Tunggu punya tunggu company lain tak smapai2. Hari dah nak gelap dah.

Rupanya kiteorang pun dah sesat tak jumpa jalan keluar. Adelah benda yang tak kena kat situ. Kesian kat company lain sebab dorang kena buat simulasi. Patutlah lambat giler turun. Company kiteorang koperal cakap tak payah buat sebab nak kejar masa. Tapi bila sampai bawah kiteorang kena marah plak dengan Tuan Rahman. Tapi kiteorang buat macam tak dengar jelah. Untungnya Koperal Raziz yang handle, dya nak kiteorang naik kereta balik ke campsite. Tapi bertentangan dengan tuan sebab dya suruh jalan kaki. Agak2 lah tuan jauh berbatu2 tuh. Lagi sekali kiteorang kesian giler kat company lain. Last2 tuan diam je bila kiteorang semua naik kereta balik ke campsite.

Simulasi and malam kebudayaan malam tuh dibatalkan sebab pukul11 pun masih ada yang belum sampai ke campsite. So balik je ke campsite kebanyakkan semua dah lepak habis. Kaki masing2 jangan cerita lah. Lagi2 kaki aku masa tuh. huhu











Hari Ketiga~

Hari last ni dah fikir nak balik kampus dah. Tapi still ada aktiviti xplorace. Pagi tu lepas stretching kaki aku boleh crack plak kan. Last2 airmata membasahi bumi jugak. Sakittttt sangatt. Komander cakap tak payah join explorace. Tapi aku ni degil nak join jugak. Bosan kot duduk kat campsite tuh. Memang terbaik xplorace sepanjang laluan sungai yang kaler oren tu kan. Kena buat macam2. Tapi aku tak join lah kalau dorang kena denda lompat bintang ke lompat katak ke. heeee~

Hai apelah nasib masa pergi pun gerak lambat masa balik pun sama. Selamat sampai kampus time magrib. Memang kenangan terindah betul pergi camp JPAM nih. Tinggal berapa kali kelas je sebelum menamatkan kelas JPAM nih. " JPAM sahajaaaaaa!!! Baris.. baris sediaaaaaa " hehe









2 Orang Berkongsi Pendapat:

Rtp Farra Arisha said...

harus kuat dalam segi fizikal, luaran dan dalaman kan if we're gonna join those activities?

Fatin Ruslin said...

rtp farra arisha~

itu sangat perlu.. ;))