Saturday, February 26, 2011

CONTEST SAYA : SAYA DAN GADGET



Jum join contest nih..
Kesian kawan aku dah penat2 tag kat aku..
Puas mencari pict letak jelah yang penting ada gadget kannnnn
Nak join ?? Korang boleh tengok kat belog dya kat sini
AAnddddd aku nak pertaruhkan pict yang giler poyo nih hihi


Lastly, aku nak tag kat minachi nih wan nurzalikha haha !



Tuesday, February 22, 2011

Mari Sertai FACEBLOG Sekarang !!!

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Notakaki : Atas kemalasan yang melampau ditambah dengan test2 yang berlambak, aku hanya mampu copy paste dari web tersebut. Terpikat dengan kaler dya hehe Jum ramai2 sertai kalau rajin lah ye ^_^



Sunday, February 20, 2011

SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF


Salam hari ahad you ollz~
Seperti biasa lah kalau ada header bro di atas nih ada lah segmen yang dya buat kan.
Bdw, bagi permulaan hari yang mendung2 nih, mari join segmen nih.
Sonang aje ehhhhh,,,,

Cam biasa ... sila buat satu entri :

  1. Sila header BEN ASHAARI blog
  2. Tajuk : SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF ! dan linkkan ke entri ini ..
  3. Tu je ... tinggalkan url entri korang ke ruangan komen entri ini ..

Tutup malam nih yeeeeee ^_^



Saturday, February 19, 2011

Famous Amos Kah Mereka ???

Salam hujung minggu wahai bloggers sekalian. Lai2 mari skodeng entry sempena weekend nih nak gossip sat ! No no no.. Bukan gossip nak kepoh jep hihi Aku dah ber-blogging hampir 2 tahun tapi start last year baru active. Tu pun bila rajin sesangat baru update belog nih. Aku nih suka membaca kisah hidup orang. Sebab tak semestinya kita belajar dari experience kita sendiri. Actually lagi bagus kalau kita belajar daripada experience orang lain. Kenapa aku berkata sedemikian ?? Aku pernah dengar orang cakap macam tuh.

Selain belog2 yang bercerita about their personal life aku suka gak yang berkisar isu2 semasa. Tak payah susah2 baca surat khabar kan. Nampak sangat kaw pemalas kan ten ! Bukanlah, al maklumlah duduk kolej rajinlah sangat nak beli newspaper hari2 kan. Nak tengok berita lagi lah jauh panggang dari api. So melalui blog2 orang lah kadang dapat manfaat. Ngee~~

Nih antara belog2 yang aku rajin berjalan2 setiap kali aku log in belog. Mari kita bongkar rahsia mereka ^_^

Well siapa tak kenal gadis cumel loteh nih. Bermula menjadi silent reader di belog gadis ini aku dah jadi follower fanatic dya haha Walaupun belog dya tak sehebat belog abang ben ker hanis zalikha tapi bagi aku, aku suka cara dya menyampaikan sesuatu cerita. Belog gadis manis nih banyak berkisarkan personal hidup dya. Aku ikuti dari dya jadi student kmj and ukm sampailah dya dah bekerja sekarang. Seeeeeee ~ Teruja tak yana ?? Dah macam artis you hehe Kazen dya ada buat shopping on9 dan aku menjadi loyal customers kazen dya. So siapa2 nak shopping kebanyakkannye shawl lah boleh jalan2 kat sini.

Pernah dengar cerita sis yang chantek nih ?Apa yang buat aku tertarik nak mengikuti kisah sis lynna nih adalah sepasang twins yang sangat cumel. Aku start jadi silent reader untuk belog sis nih after dya kawen. Siapa cakap bila dah kawen traffic akan down ? Tengoklah sis nih macamane traffic dya. Alhamdulillah ye sis. Ibu kepada sepasang kembar nih ada buat bisnes kecantikan. Kalau tak silap, sis in law dya punya bisnes kot. Aku sendiri pernah mencubanya tapi tak lama sebab aku nih susah nak stick pada satu produk. Last2 ubat doktor yang dapat menyembuhkan muka aku. Syukran2. Sis nih rajin jugak berkongsi ilmu2 kecantikan dan masakan. Rasa nak tengok tips boleh lah selongkar entry2 lama sis nih okeh ?

Wahhhhh nampak set sofa tuh ? Siapa yang berjaya up kan traffic belog brader nih akan dapat satu set sofa seperti header belog beliau haha Opsss abang naz sorry lah ye. Gurau2 di petang sabtu nih. Aku menulis bukan kerana nama nak promote sikit belog suratan kebetulan nih. Aku rajin tengok belog brader nih sebab dya suka jalan2 kat belog aku dan kadangkala bagi komen2 yang memberangsangkan. haha Yeke abang naz ?? Bestnya belog abang naz nih dya suka buat entry yang berunsurkan dialog yang dya bikin sendiri. Kadang2 berguling2 jugak aku baca entry dya haha! ( Tipo je nih =p ) Tapi abang naz memang superb lah, kalau orang lah dah tepu otak nih nak bikin dialog macam tuh ngeee~


Phewiiit2. Awek cun nih beb ada siapa2 nak ngorat dya ? Sila tinggalkan jejak kat belog dya okeh hehe Gadis yang berasal dari sarawak nih aku dah follow lama dah. Hi einaz kenal kite tak ?? hihi Belog einaz nih lebih kepada personal belog di mana dya suka menceritakan kisah hidup dya dan bany dya. Opssss itu cerita lama yek einaz. Sorry2 janji tak cakap lagi. Apa yang aku suka tentang einaz nih, dya tak sombong. I loikeeeee bebeh. Dan.. dan.. pipi dya yang tombam macam ai tuh. Kite senasib lah. So kalau siapa2 yang suka baca kisah hidup orang boleh pergi melawat okeh ?

Tipo lah kalau ada yang tak kenal. Menang award hari tuh. Cik nadia nih sudah berpunya okeh, jangan ngada2 nak pergi usha dya plak. Marah plak hubby dya kang. Tapi hubby cik nadia memang sempoi habis. Layankan cik nadia yang sweet nih. Belog sis nih lebih ke arah kisah hidup bersama hubby dya. Start follow belog sis nih after dya kawen jugak. So lets check it out pasal sis nadia bersama hubby dan family dya. Ayuhhhhh~

Actually ramai lagi blogger2 yang superb habis macam abang ben, irine marcello, hanis zalikha, maria elena, redmummy dll. Aku pick randomly je nih. Wahhh dahlah nak sambung selak buku tapi hujan lebat giler kat luar. Kan masyuk tidow ke makan pisang goreng time2 macamnih. Dugaan ohhh dugaan. Daaaaaaa~



Friday, February 18, 2011

Apa itu BFF ? Bila Fahrin ahmad dan FNR dotdotdot

First of all janganlah salah sangka dengan BFF aku tuh. Aku tak boleh kacau fahrin ahmad tuh sebab dya, lecturer aku yang punya hehe Takdelah lecturer aku minat dya so what ?? haha Takde kena mengena okeh. Dah jangan merepek banyak sangat nanti cepat tua, boleh tak nak cakap macam tuh ?? ngee~

BFF as you ollz tau, state for best friend kan. Actually aku dah simpan lama entry nih dah basi dah pun tapi tetap nak publish sebab mereka2 nih boleh dikatakan a part of my life. Dorang ni sangat dekat dengan diri aku. Sejak habis form6 kiteorang dah jarang nak berkumpul semua. Masing2 ada komitmen kan. Kalau cuti2 pun yang selalu lepak aku dengan sha. Buat kerja giler pun kiteorang berdua. Cuti cny hari tuh we ollz dah berpakat nak jumpa. Macam2 halangan beb tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Specialnya hari tuh sebab ada kejutan untuk orang yang dah tua dalam deep dodo nih. Why we call deep dodo ? Aku pun tak berapa ingat asal usul kiteorang hehe Nantilah aku cerita okeh ? Hari tuh buat pertama kalinya aku dan sha mampu driving lama2. Alhamdulillah mama sha dah bagi kepercayaan pada dya even taklah sepenuhnya kan. Tapi kite kena beranikan diri okeh ? Good job sha.

Disebabkan aku dah boleh drive maka pada hari itu aku terpaksa membawa bufday girls nih konon2 nak pergi tengok sunset tapi sunset apa ada kat danga tuh hehe Manakala marni, sha and oja sibuk pergi prepare beli kek semua. Alhamdulillah masa kat danga, dorang tak perasan yang sesuatu sedang berlaku. Dan bila semuanya selesai aku membawa mereka ke Malay Village.

Aku suka lah tempat tuh. Chantek tau. Sebelah d'terrace yang aku makan steambot hari tuh. Nice okeh. Penat lah nak cerita panjang2 plus korang pun mesti cakap apa benda lah kaw merepek entry panjang2 nih kan ? So layan pict jelah eh ?? Jum2~

dengan cik bobo~

Ni plak dengan cik shon~

Try to be photographer~

Six of us~

Uishhh 12 ker 21 nih ???

Siakap kap kap~

Makan sayur okehhh~

Its time to mencekik~

Aku paling tombam lah kot~

Ingat YB je busy ???~

I love you ollz~

Dorang dah tua okeh~

By me~

Pasti comel punya lah~ haha

Owez together~

Sayang menyayangi~

I mish you bobo~

Thanx kat abang yang komplot sama dengan kiteorang kat malay village tuh. Sayangnya hanya abang tuh sorang yang mampu celebrate bersama, staff yang lain takde. Nak buat suprise guna anglung pun masa tuh orang tuh baru sampai so tak payahla. Just nyanyian merdu suara kami ni jelah mampu dihadiahkan. Happy bufday bobo and shon !!!!

After that, kiteorang ingat nak pergi karok. Gerak lah pergi danga bay balik, sayang seribu kali sayang tempat tu dah tutup. Uishhhh mana nak pergi nih ? At last pergi memekak kat pelangi. Terbaik punya. Kiteorang adalah customer yang last chaw dari situ. Apa yang mampu aku cakap, hari tuh adalah hari yang sangat bahagia bagi aku even ada perselisihan faham antara kami before this. Apa yang penting be matured, jangan fikir macam budak2. Kita semua dah besar kan ? Dah boleh kawen beranak pinak dah. Jangan jadikan masalah sebagai alasan untuk kita terus cetuskan kontroversi okeh ? Gampang doh ayat aku. Haha ! Takpe2 bukan selalu pun kannnn.

Anak dara ai nih~

After karok~

Last but not least~~~
BFF FOREVER okeh ????

Haaaaa~ Panjang tak panjang lah entry nih. Adios~~~




Thursday, February 17, 2011

BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )


Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.


Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.


Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.


Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN


Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.


Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Zaman la mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat


Notakaki : Hah berjaga2 lah ye. Aku ada dengar jugak masa keluar dengan sha and paan. Aku pun tak pernah kena takde pengalaman lah plak. Dan harap2 tak kena lah ye. Takut den +_+




Wednesday, February 16, 2011

SAYA PUNYAI 100 - 500 FOLLOWERS


Mari2 join segmen abang ben yang paling mudah dan pantas. Macam tau2 jep aku nak hupdate entry pendek hari nih. So jum kite ikut je syarat2 yang telah ditetapkan ~

Untuk sertai , sila buat satu entri khas :

  1. Letak header BEN ASHAARI blog
  2. TAJUK : SAYA PUNYAI 100 - 500 FOLLOWERS. dan linkkan ke entri ini ..
  3. Tinggalkan url entri blog korang tau !

Sampai malam nih aje tau korang. Jum hantar link ^_^



Monday, February 14, 2011

Kenapa Rose Itu Berduri? Kenapa?


"SEKADAR PESANAN BUAT WANITA YANG LAIN JUGA"

"Sekali wanita TERGODA, gugurlah sekuntum wardah di SYURGA.. Sekali wanita TERNODA, berdekah-dekahlah syaitan di NERAKA.."

Orang sering bertanyakan kepada saya. kenapa rose merah? bukan kah bunga itu biarpun dipandang cantik namun ianya berduri? saya hanya tersenyum... bagi saya mawar merah adalah bunga yang paling berani dan indah...


■ Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri.

■Jangan biarkan dirimu menjadi sebarangan bunga yang tetap juga indah tetapi,sayang tidak berduri.

■Apabila tiada duri, tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga daripada sewenang-wenangnya didekati sang kumbang.

■Lantas, tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya.

■Duri mawar itulah ditasbihkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya'.

■Dengan pagaran duri itu, kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya menyelinap di segenap naluri yang mengundang kekaguman di hati sang kumbang hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.


kerana itulah saya menggunakan "Rose Merah"

Kita diciptakan sebagai sebaik-baik ciptaan. Kenapa pula perlu dibuat persamaan dengan sekuntum bunga???

Ianya hanya sekadar diibaratkan bunga itu dengan seorang wanita... umpamanya...

Rose Merah... cita-citanya hanya ingin menjadi yang baik dan bukan yang terbaik. Kerana dia tahu ramai yang "terbaik" di luar sana dan dia sedar bahawa dirinya sekadar srikandi silam yang kelam. Mencuba menjadi seorang penulis yang baik biarpun pena dan kertasnya tidak seindah cantuman lagit dan lautan....






Notakaki : Entry kali ni dishare dari Jum tutup aurat dan jaga akhlak..



Kalau jodoh dah sampai

Rasa kejap je bila balik rumah tau. Tup2 dah kena balik kolej balik. Sabtu lepas my dua pupu kawen. One week before tuh kira pangkat kazen jugaklah yang kawen kat melaka. Caya tak caya lah dya cicit pertama yang mendirikan rumahtangga. Muda lagi kut. Tapi takde gambar lah plak. Bdw, masih sempat ucap Selamat Pengantin Baru kan ? Ngeee~

Okehla kite cerita yang dua pupu nih. Aku pun tak faham sangat konsep berkupu2 nih haa. Tapi korang buat2 faham jelah. Pengantin lelaki nih dah kira pangkat pakcik aku dah tapi tak panggil pakcik pun ngeh3 Adik perempuan dya sama baya dengan aku tapi just panggil nama jep, macam kekok plak kan.

Alahaiii cerita pasal orang kawen nih, nenek aku menyimpan hasrat yang cukup besar menyuruh cucunya yang sulung nih kawen cepat, kalau boleh sebelum dya menutup mata. Rasa serba salah beb kalau aku tak tunaikan. Tapi kawen nih bukan perkara main2 kan. Sape2 nak masuk minang sila ambil nombor ye hihi ( macam ada je orang nak kawen dengan kaw haha )

Cerita pasal kawen nih lagi, hari tu aku dengan sha baca satu cerita nih. Ada lah kisah minah nih, asal dya pergi majlis orang kawen je macek2 kat situ mesti tepuk bahu dya tanya, kamu bila lagi ? Tapi dya suka bila pergi majlis kematian. Dya akan tepuk bahu macek2 tuh tanya, Macek bila lagi ? Hehe Sengal kan. Tapi aku ingat tak ingatlah cerita tuh. Kalau tanya sha mesti dya ingat lagik.

Papepun aku nak wish Selamat Pengantin Baru kat syafiq & izzyanti. Gambar dorang banyak tapi semua blur2, aku pun tak tahu kenapa asal ambek pict dorang mesti blur. Tapi ambek gambar lain tak blur plak. Adehhh @_@

Pelamin yang sangat saya gemari, kalau kerusi putih lagi lawo kuttt~

Nih jela tak blur kut hihi

Luv this cake lorh~

Dua hati jadi satu~

Nih pun macam blur tak blur ahh~

Haaaa chantek nih~

Sempat aje posing nih~

Mak datin nih model part time ai~

Sebelah malam ade adegan lain lah plak~

Lets check it out ~

Bufday mak lang, paan dan mamee. Indulgence cake =)

Bukan bufday boy pun tumpang sekaki ~

Kek coklat yang super yummyyyy~

Aunty2 kuh yang cumel lah nih~

Nih pun aunty2 jugak nih~

Tak dilupakan yang giler lensa nih hakhak



Sunday, February 13, 2011

Kempen Valentine Day

Assalamualaikum~

Di petang ahad yang agak panas ini, aku nak berkempen ni haa. Dah macam pilihan raya plak. Uishhh tak2 bukan pilihan raya okeh~ Hopefully kempen2 nih dapat membuka hati sanubari golongan muda untuk tidak menyambut valentine days. Info selanjutnya boleh tengok sini~


Next kempen nih dianjurkan oleh pilihanhati. Jikalau nak join boleh ikuti arahan mudah nih~

1.buat satu entry khas untuk kempen ini..
2.pastikan banner ini ada pada entry tersebut..
3.letakkan link entry anda di ruangan komen saya..tujuannya hanya mahu melihat berapa ramai yang join..
4.pastikan ayat ini ada di bawah banner "SAYA SAYANG SAUDARA SEISLAM SAYA,SAYA CINTA RASULULLAH DAN SAYA TAK AKAN SAMBUT VALENTINE DAY"..(wajib)
5.kempen ini akan dijalankan sehingga 15 Februari 2011..
6.ajak rakan blogger yang lain..


" SAYA SAYANG SAUDARA SEISLAM SAYA, SAYA CINTA RASULULLAH DAN SAYA TAK AKAN SAMBUT VALENTINE DAY "

tujuan kempen ini adalah untuk kita mengingati Rasulullah yang tercinta..disamping itu, kite bersama-sama memboikot valentine day..pada hari valentine inilah dimana saudara seIslam kita ramai yang syahid..kalau kita sedar..valentine day ini jatuh pada tanggal 14 Februari manakala Maulidul Rasul adalah pada 15 Februari..cube kita lihat,hari yang mana lebih mendapat sambutan di negara kita..

Notakaki : Font yang berkaler2 tuh memang aku copypaste dari page pilihanhati. Sama2 berkongsi lah ye ^_^



Friday, February 11, 2011

BEN ASHAARI TANYA .. 1TUBE.MY


Wahhhh.. Sekejap je dah hujung minggu kan ?? Mula plak dengan minggu yang baru. Okehlah sempena hujung minggu nih, bukan sempena valentine tau jangan salah tafsir yeee, aku yang sangat rajin nih mahu join segmen abang ben. Segmen minggu nih lebih kepada pendapat individu masing2.

Lets check it out bebeh~
Pendapat tentang Vlog ben > Okeh first time rasanya abang ben buat video tak tahu lah before2 this kan sebab tak pernah jumpa pun lagi. Fehhh suara macho tak macho plak kan.. Wewiiittt2 haha ! Banyak input yang abang ben bagi tentang dunia blogging nih dan rasanya sangat bagus lah kan. So blogger2 baru boleh belajar dari vlog selama 20minit tuh untuk tambah apa yang kurang, betulkan mana yang tak betul. Jangan tuan blogger yang tak betul sudah lah kan. haha. Haaaa lagi satu nak cakap nih. Nampak macam artis bagi komen dalam melodi lah plak bila tengok balik hehe. So next one bila lagi ??? ^_^

Pendapat tentang 1tubedotmy > Tak pernah dengar pun ekceli. Bukak2 dah nampak lambang 1 malaysia. Yeahhh cayalah. Bukak2 jugak dah nampak vlog abang ben muahaha. Rating tinggi nih beb. Not bad lah 1tubedotmy nih. Kpop pun ada jugak dalam nih. Apa aku boleh kata, nice. Video pun sangat jelas dan cun melecun lah setakat yang dilihat nih. Nanti cuba teroka lagi.

Jika diberi pilihan, memanglah nak terlibat kan. Siapa yang tak nak ryte ?? Tapi kemaluan tuh masih menebal dalam diri muahahaha

Makin panjang entry nih kang makin melalut. Dah jum hantar entry nih. Daaaaa ^_^





Thursday, February 10, 2011

D'terrace BBQ & Steamboat

Sikalang mari kite sambung cerita masa cuti. Kan aku pernah cakap yang aku tak betah duduk di rumah kan ? Sesampai je aku di jaybee hari rabu tuh aku terus pergi rumah sha. For what ?? haha ! Pasti lah ada planning baik punya beb.. Malam tuh aku dengan sha merayap ke mcD untuk melantak. Dinner pukul 2 3am, mana lah perut tak terkejut kan. Dinner ke dipanggil ek ??hihi

Lepas lepak mcD tuh. kiteorang merayap sampai ke dataran sana. Cari d'terrace house. Siapa cakap tak jumpa ?? Sha kan dah ada. Ikut je petunjuk dya, Cehhh konon nak menajamkan skill driving yang tak tajam2. Tapi agak menakutkan lalu kat nong chik sane pagi tuh, yela sunyi kan. Then kiteorang terus pecut balik permas.

Tapi kan korang. Tapi lah kannn aku tak nak cerita pun pasal tuh sebenarnya tapi TERcerita lah plak kan. Bak kata pepatah melayu terlajak perahu boleh diundur terlajak tulis haaa.. korang sambunglah sendiri mengikut kesesuaian dan suku kata yang tepat haha !

Okeh ni cerita yang sebenar ye anak2 sekalian, khamis malam lepas magrib macam tuh baru lah kiteorang bergerak ke sana. Aku ajak kazen aku yang bapak cool tuh ( bak kata pak lang aku lah ) Lagipun sha kenal kazen aku so takde hal lah kan. Sampai kat sana, terpaksa lah lepak jap sebab penuh la beb. Tempat nih agak femes lah kalau korang tau tempatnya.

Lepak situ dari pukul 9pm sampai kedai tuh nak tutup tau hihi Makan situ boleh dapat aiskrim percuma. So korang bolehla bawak bas rombongan cik kiah ke sana. Komen aku, memang delicious beb kat sana. Lagi2 kena kat aku yang memang tengah mencari2 steamboat yang sebenar. Jum kita pergi lagi jum hehe Kebetulan sebelah meja kiteorang ada celebrate birthday, dengan kiteorang sekali dapat kek. Chocolate mint i guess. Sedap nanat kek tuh. Thanx la kat orang yang memberi tuh.

After membesaukan perut di d'terrace tuh kiteorang lepak kat danga bay jup. Jalan2 cuci mata tengok haiwan2 yang cumel2. Aku pun pelik dorang dok ber-basikal kat danga tuh tengah2 malam. Kalau aku lah kan, ber-basikal atas katil lagi syiokk kot hehe ! Tapi malam tuh besh giler spend time dengan paan & sha. Sebab tiga2 dapat driving. Ingat nak pergi bazar karat kat bandar tapi memandangkan dah pukul berapa kan, so kiteorang terus balik jelah. Next entry nak cerita kedai makan sebelah d'terrace plak.

Notakaki : Kalau korang selalu jalan2 kat belog aku nih, korang akan perasan yang aku cerita pasal makan jelah. Makan dan makan. Gambar pun akan ada makanan dan makanan ajelah ye hihi Daaaaaaa ^_^


Sempat je snap kat danga bay

Puas hati dapat makan

Akibat terlalu sedap, dah nak habis baru capture hihi

Ni pun same, tinggal saki baki baru nak snap

My kazen yang cool ^_^


My bestie shasha ^_^



Wednesday, February 9, 2011

Siapa cakap perut aka stomach perlu dipandang remeh ?

Tweet tweet~ tweet tweet~
Beberapa harini aku kurang sihat la.
Ada je masalah aku ni kan.
Paling teruk aku rasa semalam lah, sakit perut yang amat sangat.
Sampai aku terpaksa call aunty and uncle aku nak pick up aku pergi klinik.
Niat dihati memang taknak menyusahkan dorang, yela dah pukul 3 4am masa tuh kan.
Tapi apakan daya aku dengan wan dah cuba kejutkan senior tapi sorang pun tak bangun.
Plus maybe masa kiteorang pergi bilik dorang tuh dah pukul berapa kan.
Kalau aku pun orang ketuk pintu time2 macam tuh aku takut nak bukak hehe
Thanx sangat pada mereka2 yang membantu walaupun lepas tuh dorang nganjeng2 aku tertonggeng2 la terguling2 la.
Takpeee, aten seorang yang sabar !! ( statement sedapkan diri sendiri ) ngeee~
Tapi nanti kalau terkena kat korang mesti korang tau sakitnye. haha !
Jom aku nak kongsi sikit info yang aku dapat dari encik google nih.

Sakit perut adalah sakit yang dirasakan pada perut. Perut adalah suatu area anatomis yang dibatasi diatas oleh batas bagian bawah dari tulang-tulang rusuk dan diafragma, dibawah oleh tulang pelvik (pubic ramus), dan disetiap samping oleh panggul-panggul. Meskipun sakit perut dapat datang dari jaringan-jaringan dinding perut yang mengelilingi rongga perut (seperti kulit dan otot-otot dinding perut), istilah sakit perut umumnya digunakan untuk menggambarkan sakit yang berasal dari organ-organ didalam rongga perut. Organ-organ dari perut termasuk lambung, usus kecil, usus besar (colon), hati, kantong empedu, dan pankreas.

Secara Umum, Sakit perut yang dikenal oleh masyarakat luas pada dasarnya disebabkan oleh angin/masuk angin. Masuk angin dapat disebabkan oleh banyak hal seperti terlambat makan, cuaca yang terlalu dingin (sering berada di ruangan ac), makan terlalu banyak, tidak memakai baju ketika udara dingin atau mandi terlalu lama.

Penyebab Sakit Perut yang juga paling sering dialami seseorang adalah kesalahan dalam makanan atau salah makan, makan yang terlalu pedas, makan yang makanan yang kurang bersih, makan di sembarang tempat atau biasanya dikenal orang adalah keracunan makanan sehingga membuat perut perih dan sakit.

Namun, Sesungguhnya banyak penyebab seseorang mengalami sakit perut dan yang paling utama adalah adanya gangguan pada organ lambung, sakit perut juga bisa disebakan oleh gangguan pada organ hati maupun usus.

Jangan pernah mencuba untuk meremehkan sakit perut apalagi sakit perut yang menahun, kerana angin di dalam perut dapat menjalar ke berbagai organ, seperti organ hati, usus, ginjal (pinggang), reproduksi bahkan jantung. Pernahkan anda mendengar bahwa sakit perut dapat mengakibatkan kematian yang mendadak? Itulah yang dialami akibat angin di dalam perut naik ke dalam jantung sehingga pompa/aliran darah di dalam jantung tidak dapat berfungsi dan berhenti. Itulah yang dinamakan dengan Angin duduk.

Segeralah menghubungi pakar kesihatan untuk mendapatkan informasi mahupun pengubatan jika anda mengalami sakit perut menahun (kronis) maupun sakit perut akut (secara mendadak sakit perut yang tidak tertahankan), kerana mungkin kita tidak mengetahui dari mana penyebab sakit perut tersebut dan sakit perut tersebut datang secara tiba-tiba.

Notakaki : So better jagalah perut anda dari sekarang. Memang nampak remeh hal ini, tapi bila dah terkena baru rasa macam dah taknak makan semua benda dah. Sebab bila sakit, siapa yang susah ?? Of course diri sendiri beb. Ada kisah macek aku cerita, anak kawan diri dari sakit perut ni la jadi makin teruk bila usus dya terpaksa dibuang. Hilang selera makan. Ada tuh yang dari sehat2 badan dya terus jadi kurus yang amat. So, jaga diri baik2 dari sekarang. Cehh cakap orang je minah nih at the same time aku advice diri aku jugak okeh. Nyte you allz !!! ^_^



Monday, February 7, 2011

Holiday CNY

Sekejap je masa berlalu kan. Pejam celik pejam celik dah habis dah cuti. Kawan2 aku semua dah hupdate banyak entry tapi aku tak ter-hupdate2 lagi. Takde feel la plak nak menulis kan. Yela aku kan menulis bukan kerana nama haha ! Cuti dah habis, dah start balik life as a student. Siapa cakap jadi student tak besh ?? Time cuti lagi syiokk woo kalau time keje tak rase se-syiokkk masa time study, agree tak nih ?? hehe

Holiday cny korang diisi dengan buat ape jep ?? Aku sempat jalan2 la cny nih. Selama 9 hari cuti satu hari pun aku tak melekat kat rumah. Benda tak dirancang diakhiri sebegini rupa. Tipo kalau aku kata tak penat kan, siyesly sangat penat okeh. Sampai aku sakit2, balik kolej pun hari isnin.

Cuti start hari sabtu kan korang ? Jumaat aku dah sampai rumah. Sabtu tuh aku merayap dengan sha pergi town. Mula tuh nak teman sha buat contact lens jep, tapi atas sebab2 tertentu sha tak boleh buat. Sabau la ye. Jaga la mata kaw elok2 okeh. Hari tuh kiteorang bedal shushi. Hentam betul2 sebab memang teringin giler plus dah lama tak makan. Before balik sempat bedal ramen kat raibo.

Sabtu dah berlalu. Tiba plak hari ahad. Naik keyel with shontot. Saja nak melawat bestie kat sana. Sampai sana jep dah tercongok kat mid. Tak boleh blah dengan berhangkut beg pergi beli barang makan kat jusco. Jadikan bobo mangsa kami menolak troley dengan beg2 kami tuh. Agak2 korang yang ada terserempak buat bodoh je okeh ?? ngee~

Malam tuh kami meletopkan dapur bobo dengan masakan kami yang sangatlah sedap. Tak bole blah kan promote sendiri. Esoknya hari isnin planning nak pergi jalan tar. Apa ada kat jalan tar ?? Shoppingholic tolong jawabkan untuk saya ?? hehe Well, sekali lagi menjejakkan kaki di mid sebelum balik ke rumah bobo.

Hari selasa kalau tak silap hari wilayah persekutuan. So bobo cuti. Merancang nak keluar jugak hari tuh ke time squares. Kat dalam tuh kan ada indoor theme park kan ?? Tah kali ke berapa ek aku masuk, aku pun dah tak pasti. Dulu nama dya cosmo world tapi skang dah tukar nama ape tah. Harga pun dah naik seingat aku dulu rm25 jep tapi sekarang fehh sampai rm37. Layan lah budak dua orang ni kan. Tapi rasanya aku yang banyak main kut. Dorang kejup je dah migraine hehe

Macam biasa lah before balik mid tempat kami lepak. Malam tuh dah janji dengan kazen nak jumpa. So tak boleh balik lambat sangat lah. Ingat malam tuh nak masak ala2 western sikit so pergilah membeli belah di jusco. Odw tengah mencari barang bobo dapat call from her ex-boy cakap nak ajak tengok movie midnight. Aku dengan shon dah penat giler kut so kiteorang tak join mereka. Last2 cancel beli barang, makan kat situ jep. Beshnya malam tuh kiteorang shopping sampai kedai semua tutup beb. Baru lah terkedek2 amek cab balik rumah.

Hari rabu kembali pulang ke jaybee terchenta. Ingatkan balik with kakak bobo. Last2 cancel sebab akak dya tak jadi naik. So terpaksa lah merangkak naik bas. Masa dalam bas, aku dengan sha tengah fikirkan suprise untuk dua orang sayang kiteorang tuh kan. Pecah kepala jugak lah kan nak buat suprise tuh. Selamat sampai jaybee around 11++pm gtu lah.

Dah ngantuk la plak kan. Esok kelas pukul 8am agak2 bangun ke nih ?? Nanti lah aku sambung lagi. Ada lah aku selitkan pict2 sepanjang meronggeng kat keyel dengan shontot and bobo last weeks. Daaaaaaa~ ^_^


Budak nih mesti ada punye~

Sambil menunggu sambil snap *_*

Tempat feberet shon haha

Sempat aje dong~

Abang nih poyo je malo2 wei haha

Montok tol pipi aku ni ha~

Muka cam nak kena gigit nih =p

Bersama encik kuning haha~