Saturday, February 6, 2010

Ladies Day..

Hari ini hari yang agak memenatkan. Semalam tah pukul berapa tido dan pagi tadi terpaksa bangun awal sebab ada kelas teori. Tapi aq langsung tak mengantuk taw. Sebab. Sebab. Sebelum pergi kelas tuh aq dah hentam satu cawan kopi hehe ! Memanglah mata amatlah segar bugar. Kelas tadi macam biasa jep tak adalah bosan sangat sebab faci dia ada la buat lawak. Lepas ni ke kelas praktikal plak. Fuh, aq nak belajar kereta ?? Macam tak percaya seyh hehe !

Masa kelas tadi ada jumpa seorang rakan baru budak sentosa. Mula2 tengok dye amat pasti bukan islam. Tetapi setelah berbual2 rupenya seorang islam ok ! Nama dia rachel kalau tak silap aq. Nama islam dia syafika, nice kan ?? Agak comel budaknya. Nice to meet you there. Balik rumah dalam keadaan yang sangat tidak selesa. Sejak2 ni, cuaca sangatlah panas sangat2. Ikut busu pergi ambil cousin balik dari sekolah, ada hari sukan hari ini. Amatlah tidak percaya yang cousin aq akan menjadi sebegitu gelap akibat duduk berjemur di bawah matahari ( kawad ). Air con dalam kereta macam tidak pasang, begitu panasnya di luar sana. Sebelum balik singgah pergi beli air kelapa, peh mesti lega giler dapat minum kan. =)

Lepas lunch, makcik2 ku ber ' pot pet pot pet ' kata nak pergi butik ariani. Sape tah yang baca paper kata ada jualan lelong. Ha ape lagi semua sibuk bersiap dan dalam pukul 4 kiteorang keluar rumah. Before that pergi ambil kala dekat TI Hotel, makcik aq yang seorang tuh sedang sibuk berkhursus nak jadi seorang usahawan. Wah2 ! nanti dah ada bisnes sendiri jangan lupa ajak aten kerja dengan kala ye hehe ! Ha nie la baru masuk tajuk entry aq kali ini. LADIES DAY ?? sebab yang pergi semua ladies2 sahaja, guys not allowed to follow.

Sampai di destinasi yang dituju. Tampoi~~ sebenarnya aq hanya berniat nak tengok2 sahaja. Tapi disebabkan tak dapat menahan nafsu ( nafsu shoping ok ! ) aq pon sama menarik tudung2 kat situ. Tapi aq memang nak ketawa bila makkcik aq yang seorang nih, yang lain sibuk carik tudung ekin tuh dye just beli tudung bawal jep. Bila kiteorang puji2 cakap lawa2 then dye pon terniat mahu mencuba nya dan ??? hampir 3 pasang kot dia beli. Aq hanya mampu tersenyum ok. Yang busu usah cerita larh pantang kata lawa habis semua dia rembat. Katanya susah nak dapat tudung macamnie nanti. Tak dinafikan tudung ariani ni memang lain. Kain dia pon selesa dipakai dan buat aq pon merembat sama bila aq tengok ' oning ' dia. Chantek !

Sebenarnya aq nak gelakkan diri aq jugak. Yela dulu aq cukup kutuk orang yang pakai tudung macamnie. Tak suke ok ! Aq tak pernah beli dan pakai pon tudung macamni. Tapi akhirnya aq tewas dengan tudung ariani. Mungkin lepas ni boleh beli lagi kot. Kalau tak boleh beli kat tampoi mungkin boleh pergi danga bay. Kat sana ada butik ariani tak silap aq si ekin mawi punya la.


" Berjaya mencuit hatiku untuk memiliki "

" Salah satu tudung yang telah menyebabkan fulus aq melayang "


Ok2 ! dah habis cerita pasal tudung. Sekarang ni aq cukup rindukan kawan2 aq. Lama tak jumpe cik ct aq tuh. Merayap je dia sekarang nie. Yang mengganggur sekarang cuma aq, salma dan oja je. Yang lain sibuk dengan kerja. Bobo pon dah kerja kat kl. Mesti bertambah sibuk kan. Kalau tak ada arah melintang aq pon akan carik kerja kat kl. Insyaallah baru merancang setakat ini. Kepala amatlah kusut tika dan saat ini. Mata pon dah ngantok, mahu pergi ke alam fantasi. hehe ! Goodnyte ! ( ops, salah ! morning.. )


"Miss all of you.. "




0 Orang Berkongsi Pendapat: