Friday, November 27, 2009

Erti Kegagalan


Kegagalan bukanlah bererti anda seorang yang gagal. Ia hanya bererti anda seorang yang masih belum berjaya lagi. Kegagalan bukanlah bererti anda tidak mencapai apa-apa. Ia sebenarnya bererti anda sudah mempelajari sesuatu. Kegagalan bukanlah bererti anda seorang yang bodoh kerana mencuba. Ia bererti anda berani, anda teguh dan bersemangat waja - berbanggalah dengan diri anda.

Kegagalan bukanlah bermakna anda tidak akan berjaya. Ia hanyalah bermakna anda memerlukan sedikit masa lagi. Kegagalan bukanlah bermakna anda kecundang. Ia hanyalah bermakna anda berpeluang untuk bangun semula. Mencuba sesuatu yang baru. Kegagalan bukanlah bermakna Tuhan telah meninggalkan anda. Ia hanyalah bermakna Dia mempunyai rancangan yang lebih baik lagi. Jadi benarlah kegagalan itu tidak pernah muktamad...

" GAGAL SEKALI TIDAK BERMAKNA AKAN GAGAL SELAMA-LAMANYA "



0 Orang Berkongsi Pendapat: