Wednesday, December 23, 2009

Sayang Kowang.

Adoii.. Lame sudah tak ber-bloging. Banyak bende aq dah buat tapi tak sempat nak update plus bermalasan. So makin lama makin malas la nak menaip hehe for entry kali ini tak tahu nak tulis apa sebenarnya tapi terasa nak ber-bloging plak. Semalam aq telah selamat sampai di rumah nenek aq kat senawang. Before this aq merayap pergi klang dengan cik salma.

Masa sampai rumah tuh keadaan sungguh tidak terkawal haha Eceh padahal takde pape pon. Rumah sungguh berabok sebab lama sudah tak mengemas yela jarang datang ziarah la katakan huhu benda pertama aq buat adalah mengemas rumah, adoi 10 kali aq mengemop kaki masih kotor tapi kerja terpaksa diteruskan. Kalau tidak aq yang buat siapa lagi kan. Hari pertama di sana memang sungguh memenatkan tapi aq sungguh gembira plus fateen nazirah ( kawan sekolah rendah ) datang menemaniku.

Hari kedua ~ Hari ini sudah decided mahu pergi berjalan-jalan. Kiteowang plan mahu ke klcc, sudah lama aq tak menjejakkan kaki ke sana plus cik salma pon belum pernah berjalan2 di sekitar kl so aq bercadang mahu bawanya berjalan2. Sorryla ma aq tak sempat nak bawak ko jalan banyak tempat, aq boleh bawak tapi tak cukup 2 3 hari lepak sana genk ! huhu Masa di kl sentral ada 1 perkara yang sungguh lucu terjadi antara aten dan atin tapi seganlah nak kepoh2 hehe ! Keadaan di klcc sungguh memeninkan. Puluhan jutaan orang ( yeke ?? ) memenuhi setiap ruang di klcc sampai nak makan pon tempat semua penuh tapi we're lucky masih ada tempat untuk kami menjamah + melantak hehe ! Tiba masa pulang ! Adoiiyai memang cukup sesak. Rasa macam bekerja di sana plak ( padan muke ko sape soh balek time org balek kerja ! ) sampai di rumah dalam pukul 7 lebey then sambung tengok bola malaysia menentang vietnam. Malaysia menang beb ! haha

Hari ketiga ~ Hari tu decided nak berjalan jugak tapi di sebelah petang sebab tunggu my beshwen which is siti noraihan ( mek kaw nama penuh aq letak ! ) bawak her mummy pergi klinik. Petang dalam pukul 4 5 gtu baru gerak. mula2 tuh nak pergi sunway tapi sebab keluar pon dah lambat so pergi jusco bukit tinggi jep. Tak silap aq nie masuk kali ke 3 kot aq pergi sana. Lebih kurang macam jusco tebrau kat jaybee jep tapi mungkin besar sikit larh. First of all pergi beli tiket movie duluw. Kami tengok movie ZOMBIELAND. Besh jugak citer tuh funny habis. Tapi ada ke zombieland kat dunia nie haha balik dalam pukul 9lebih. Pergi McD kat port jap beli some makanan sebab kami belum dinner pon lagi taw. Malam tu kat rumah aq cukup happening sebab ada 5 anak dara lepak. sayang kowang semua ~ aan, aten, salma, ain ~

Hari keempat ~ Hari ni aq terpaksa pulang ke jb semula sebab tiket sudahpon dibeli. Tiket aq jam 4.30 pm. Pagi tuh aq dan aten pergi mencari bekpes dalam keadaan hujan renyai2. Lapar punya pasal hujan taufan sanggup kuredah hehe Ingat nak singgah rumah kawan ibu tapi mereka pergi bercuti ke genting plak. Mungkin tak ada rezeki mahu berjumpa kan. Petang tu kami lunch kat rumah aten's aunty which is my jiran jep. Sangatlah baik jiran tertanggaku ini. Tak terbalas budi baik mereka tuh sob sob aten hantar kami ke klang sentral, thanx ye darl ! Sampai di perhentian larkin pukul 10 gitu.

Sesungguhnya aq sungguh gembira dapat meluangkan masa dengan kawan2 yang aq sayang. Nanti next time kita hangout lagi k.. To all my fellas yang tak sempat berjumpa aq mintak maaf sangat2 next time kita meet up ok. Picture akan diupload nanti. =)


Monday, December 14, 2009

Aktiviti 1~

Tanggal 9dis09, maka tinggal lah seribu satu kenangan di smkpj. Aq bukanlah anak jati sekolah tuh, sebab aq mula menapak di situ dari tingkatan 4. Aq merupakan anak jati selangor dan atas sebab-sebab tertentu aq perlu berhijrah ke jb. Sedari kecil aq bernaung dibawah ketiak ibu dan ayahku tapi sejak dari itu tiada lagi istilah bermanja dengan mereka. Walaupun cuma seketika banyak kenangan yang telah tercipta di sekolah itu. Alam persekolahan hanya tinggal kenangan bagiku kerana tepat jam 4.01 petang segala-galanya telah berakhir.


Pada hari esoknya kiteorang dah plan nak ke bandar konon2 nak celebrate larh hehe aq dengan oja dah plan nak lepak rumah bobo jep. dan malam tu buat julung2 kalinya aq tido pukul4 bab temankan oja lepak atau istilah lain dating dengan encik tut. Yela bagila kesempatan untuk mereka mengenali hati budi masing2 ye dak. seb baik kiteorang ade kalau dak hai kamu tumpang nahas taw haha

Pagi tu nak bukak mata cukup susah. nak taw sape yang celik dulu ? mestilah orang yang hatinya sedang berbunga riang hehe eceh, pandai2 aq jep selak feeling orang an. Byase la kata nak gerak pukul 11 jadinya gerak pukul 12 larh. Sampai bandar kiteorang selesaikan hal dengan bank and then temankan bobo buat treatment rambut kat salun CS. Sementara tunggu bobo and geng yang lain aq dengan oja jalan2 kat dalam CS jap.

Bangun pagi kelam kabut, sampai bandar perot bernyanyi riang tapi terpaksa tunggu yang lain dulu. kiteowang decided lepak McD jep. Sementara tunggu dowang pergi order aq dengan salma berborak kosong jep. Waktu tu ada kejadian yang tak disangka2 air yang bobo bawak terjatuh and then plurp ! tumpah ! terkena seluar salma.. Ohh nOoOoO ! Tapi naseb baik salma pakai seluar hitam so tak nampak la sangat kan. nak wat macamne kan benda dah berlaku an.

Usai makan tu pergi tengok movie.. Citer santau, such a gret a movie walaupun tak seram mane. Just mengisahkan orang yang terkena santau. So always watch out dengan orang sekeliling kite nie. Kadang2 yang baik dengan kita lah yang selalu tikam kita dari belakang taw. So takmo bebel panjang2 lagi layan jelar pict2 nie yep..
Suasana Kristmas Dalam CS
Chumeyl tol bende biru kat belakang tuh
Persahabatan yang memerlukan kekuatan dari segi rohani dan fizikal..
Kami lapar mereka boleh sempat berposing kan
Aksi selamba sahaja..~



Sunday, December 6, 2009

Weekend.

Semalam jejalan with my adeq n busu.. Tak kemana pon just pergi jusco permas jep. Beli some stuff and jejalan.. Waktu nak balik tuh singgah kat kedai my news.com beli some 'jajan' and jumpe gula2 kapas.. yummy2 sedap nengok tapi segan plak nak beli.. Yelar semalam dahle weekend of koz la ramai orang kan haha kempunan aq bila dah balik tuh huhu

Masa jejalan kat jusco tuh i had seen a lot of baju baby.. lawo2 belaka tapi lupa nak take picture excited nengok baju2 tuh haha tapi duit tak banyak plak nak belikan tok syaura chumeyl tuh.. Sabar ye yunk nanti kak aten mesti belikan jugak huhu

Yok layan pict2 nie masa tunggu busu pergi kedai pet, pergi bank and blabla except pict nabiha syaura nie sebab pict tu diambil masa cukur jambul dye beberapa minggu lepas.. =)


Budak chumeyl si tembam nie..
Nabiha Syaura baru lepas cukul jambul..
Ha tu busu dah sampai dah..
merenung masa hadapan jap..
Dikala nafas berhenti..



Friday, December 4, 2009

Club Blog-Blog Bicara Sempoi..

Beberapa minggu yang lepas, aq dok klik2 kat ternet masa tuh tengah surf apa tah suddenly aq menempek kat satu blog nie aq pon tak kenal bloger dia. Aq nie suka jadi silent reader bukan minah kepoh tau, aq suka baca kisah suka duka orang. Yela aq kan pencinta setia novel, rajin membaca tapi bila masuk tang membaca buku teks mula lah mata nie wat perangai haha menguap seribu kali dalam seminit ( tipu jep nih ! haha ).

Okey2 sambung pasal entry tadi tu yek, so lepas aq surf blog tuh aq terjumpa club blog bicara sempoi. Tengok mula2 macam best tapi aq tak layan lagi. Pagi tadi dok tengah bekpes aq teringat blog tuh so noon tadi aq berniat nak join that club. Blog sempoi ni diwujudkan bertujuan untuk mengumpulkan update2 terkini para2 blogger. Sistem ni mengikut update terkini posting sesebuah blog. Sesiapa yang rajin berblogging akan naik ke ranking pertama. So kalau nak kekalkan ranking tuh selalulah berblog k hehe.Nak join that club semudah abc jep. U all dikehendaki melakukan 3 langkah :

1. Pasang link or banner Club Bicara Sempoi kat blog u all.

2. Buat posting review about that club kat blog u all.

3. Lastly bagi sedikit ulasan apa tujuan u all buat blog.


Semudah abc kan ?? =) Okey review aq dah settle so sekarang aq nak bagitahu kenapa aq buat blog ? Tujuan aq membina blog nie adalah untuk memperihalkan kisah suka duka aq. Dulu aq suka tulis dalm diari ( sanggup beli diari yang siap ada mangga tuh taw ! ) tapi banyak halnya plak dengan kunci hilang lah, buku terkoyak lah so start from that moment aq stop ber-diari. Aq tak mengharapkan bloger2 bagi feedback pada aq tapi niat aq cuma satu nak meluahkan apa-apa yang aq rasa tak puas hati or apa yang telah aq lalui.

Kalau ada masa free2 tuh tak elok dibazirkan ( eceh, geli plak dengar statement sendiri haha ! ) dialu2kan join this club okies ! =)



Sunday, November 29, 2009

Kasih Ibu dan Ayah


Kasih seorang ibu dan ayah tak dapat dinafikan lagi. Sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak yang dikasihi plus disayangi. Kemahuan anak dituruti tanpa banyak sebab dan sanggup bekerja siang dan malam untuk memberi kehidupan yang terbaik buat anak-anak. Tapi apakah seorang anak sedar akan kesanggupan ibu dan ayah mereka ?? Sedihkan bila kita mendengar cerita-cerita perihal anak-anak yang tidak mengenang jasa orang tua mereka sedangkan sedari kecil orang tua itulah yang membesarkan mereka sehingga mereka menjadi insan yang tersohor dan berguna..

Entry kali ini aq tidak tujukan kepada sesiapa just aq ingin berkongsi cerita apa yang berlaku disekeliling aq. Aq terpanggil-panggil untuk ber-bloging walaupun di dalam hatiku terdetik " nanti2 lar menulis exam belum habis ".. Tapi aq nak jugak menulis and Tadaa ! aq ber-bloging pada hari ini. Berbalik pada tajuk entry tadi sebenarnya aq tahu ramai di luar sana yang menghadapi pelbagai masalah dengan family lagi2 yang seusia dengan aq nie. Mereka inginkan kebebasan dan tidak mahu dikongkong. Sedangkan apa yang dilakukan oleh family tu sebenarnya adalah untuk kepentingan remaja itu sendiri.

Sedihkan bila kita dengar kes pembuangan bayi semakin meningkat dari hari ke hari. Itu semua kerja siapa kalau bukan kaum kita sendiri ?? Sedangkan since dari kecil ibu ayah telah memberi pendidikan agama yang sempurna kepada si anak. Oleh kerana tidak dapat mengawal nafsu yang bergelora sanggup kita ketepikan semuanya demi orang yang baru kita kenali tidak lah begitu lama. Itulah suasana yang berlaku pada hari ini.

Satu kes lagi, ibu dan ayah yang tidak bertanggungjawab terhadap anak-anak. Sanggup porak perandakan family demi orang ketiga yang bakal menhancurkan kehidupannya. Ya ALLAH ! inilah namanya dugaan buat insan kerdil seperti kita di atas muka bumiNya ini. Bila sedari kecil anak-anak sudah pandai mencari hidup sendiri dan apabila meningkat usia nya dia akan merasakan pengorbanan si ibu dan ayah hanyalah perkara biasa. Ada tu merasakan duit pemberian si ayah bukanlah haknya. Sedangkan itu adalah tanggungan si ayah kan ?? Si anak berasa bersalah apabila menggunakan duit ayahnya. Dia lebih suka menggunakan duitnya sendiri tak kira lah sukar atau tidak untuk mendapatkan duit.

Tahla aq sendiri sebenarnya kurang faham dengan situasi sebegitu. Alhamdulillah walaupun sekarang aq tidak mempunyai ayah tapi aq bersyukur kepadaNya kerana pernah mengurniakan ayah yang cukup sempurna dari saat aq dilahirkan sehingga arwah ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tidak pernah dia melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah. Aq begitu menyayanginya. Walaupun kadang-kala dia seorang yang garang tetapi aq tahu itu adalah untuk kepentingan aq. Aq nie je yang degil dan selalu tidak mendengar katanya.

Untuk pengetahuan semua, ingin aq ulangi entry kali ini tidak aq tujukan kepada sesiapa sama ada yang hidup mahupun yang telah pergi. Ini hanyalah luahan hatiku. Lega sikit sekarang nie. Ok sekarang boleh sambung study plak.. =)

Sekian untuk kali ini..



Friday, November 27, 2009

Erti Kegagalan


Kegagalan bukanlah bererti anda seorang yang gagal. Ia hanya bererti anda seorang yang masih belum berjaya lagi. Kegagalan bukanlah bererti anda tidak mencapai apa-apa. Ia sebenarnya bererti anda sudah mempelajari sesuatu. Kegagalan bukanlah bererti anda seorang yang bodoh kerana mencuba. Ia bererti anda berani, anda teguh dan bersemangat waja - berbanggalah dengan diri anda.

Kegagalan bukanlah bermakna anda tidak akan berjaya. Ia hanyalah bermakna anda memerlukan sedikit masa lagi. Kegagalan bukanlah bermakna anda kecundang. Ia hanyalah bermakna anda berpeluang untuk bangun semula. Mencuba sesuatu yang baru. Kegagalan bukanlah bermakna Tuhan telah meninggalkan anda. Ia hanyalah bermakna Dia mempunyai rancangan yang lebih baik lagi. Jadi benarlah kegagalan itu tidak pernah muktamad...

" GAGAL SEKALI TIDAK BERMAKNA AKAN GAGAL SELAMA-LAMANYA "



Wednesday, November 25, 2009

Tension..


Semalam masuklah hari kedua STPM.. dan semalam jugakla aq rase macam nak menangis bila dapat soalan tu. SEJARAH.. mak !!! giler susah.. sebenarnya aq paling tak minat subjek nie tapi aq pon tak tahu macamne aq boleh daftar subjek nie huhu sejak2 nak periksa nie macam baru rasa suke pade subjek nie tapi dah terlambat aten uii nota yang setinggi langit tu tak dapat kaw khatamkan dalam masa seminggu huhu seyes mase tu rase macam nak jerit ade nak nangis pon ade.. ape yang bace satu hapak pon tak keluar tau ! aq ade bace blog sowang cikgu nie dan dye ade wat ramalan pasal perbandingan negara kota athens dengan madinah.. exactly soalan tu keluar and make me so regret tapi orang kata tak baik kan.. semuanya dah jadi sejarah pon.. takpelah sekarang kene concentrate pada sejarah malaysia dan asia plak.. bdw khamis nie pengajian perniagaan 1.. hopefully soalan tak gaban susah macam sejarah..

Dalam " musim exam " nie aq sempat keluar dengan orang tersayang.. yela bukan selalu jumpa orang tersayang.. kebetulan adek aq yang bongsu tu ade aq bawak la dye sekali yela dye tak pernah jalan2 kat jaybee nie.. makcik2 aq semua bz dengan keluarga masing2 so aq kesian kat adek aq nie sebab kalau dye balek jaybee je tak dapat pergi mane2 plus dye kan lelaki dye boleh pergi sendiri .. so pity of you adeq tapi maafkan akak ye akak masih belum ade kereta nak bawak kaw jalan2 ! doakan akak dapat kereta cepat ( eceh padahal lesen pon takde lagi ngee~~ ) aktiviti semalam biase2 jeq kiteowang lepak kat stulang restoran ape tah tapi giler tak sedap makanan dye.. takmo makan situ lagi =( lepas makan tuh kiteorang decided nak pergi karaoke ! so melalak lar dalam tuh.. memang cukup fun malam tuh.. ( sedar ten exam kaw belum tamat lagi okies~ ) balik tu terus tumbang..

esok ade paper perniagaan 1.. buku sudah memanggil nie.. ade masa aq akan ber-blogging lagi..

wish me luck.. =)



Sunday, November 8, 2009

Butterfly Fly Away..

You tucked me in, turned out the light
Kept me safe and sound at night
Little girls depend on things like that
Brushed my teeth and combed my hair
Had to drive me everywhere
You were always there when I looked back
You had to do it all alone
Make a living, make a home
Must have been as hard as it could be
And when I couldn't sleep at night
Scared things wouldn't turn out right
You would hold my hand and sing to me
Caterpillar in the tree
How you wonder who you'll be
Can't go far but you can always dream
Wish you may and wish you might
Don't you worry, hold on tight
I promise you there will come a day
Butterfly fly away
Butterfly fly away, butterfly fly away
Flap your wings now you can't stay
Take those dreams and make them all come true
Butterfly fly away, butterfly fly away
We've been waiting for this day
All along and knowing just what to do
Butterfly, butterfly, butterfly, butterfly fly away
Butterfly fly away
Butterfly fly away
Kalau u all ade tengok hannah montana the movie mesti u all ade perasan this song.. i lyke tis song very much. Bile dengar this song rase macam berada kat satu tempat yang indah sangat. isk aten nie emang suke berangan taw. Saje nak hilangkan stress yela macam2 yang difikirkan everyday ryte.. Plus i nie suke sangat dengan Butterfly taw. Chumeyl sangat and teruja bile dapat pegang si dye ( means Butterfly hihi ;p ).. Oklah sek ngadap lappy jeq exam dah semakin hampir.. You have to focus miszATIN. You have to ! Ok its time to date with my lovely book haha
Book 1 : PENGAJIAN AM 1
Book 2 : PENGAJIAN AM 2
Book 3 : MAKROEKONOMI
Book 4 : MIKROEKONOMI
Book 5 : PENGAJIAN PERNIAGAAN 1
Book 6 : PENGAJIAN PERNIAGAAN 2
Book 7 : SEJARAH TAMADUN ISLAM + TAMADUN DUNIA
Book 8 : SEJARAH MALAYSIA + ASIA TENGGARA
Notes : Makkkkkkkk !!!! Bantulah diriku ini.. banyaknye belom khatam..=(



Friday, November 6, 2009

Berjalan-jalan..

Petang tadi keluar dengan one of my besties which is oja. She want me to accompany her to jusco permas. Agaknye hari ni emang hari bertuah aq bercadang nak meet friend yang keje kat sane kiteowang emang beshwen dari before spm lagi. Dye nak belanje kiteowang lunch.. OMG seems macam tak percaya susah taw nak tengok dye treat someone haha alhamdulillah rezeki kami lah ye.. Kebetulan kiteowang emang belom lunch plus dye keje kat sedap corner so kiteowang pon mencekik kat situ jelar.. thanks dear, lab u so much ! muahh~ muahh ~
Then usai mencekik pg watson jap beli some stuff.. banyak barang dah abez lorh~ betowl kata cik ma aq takkan balek tanpa sebarang plastic bag kat tangan aq haha bile di pk2 direnung emang exactly true ;)
Actually tired sangat nie tadie balek ( oja mengekori aq balek hihi ) aq teros mencampakkan diriku ke atas katil.. tp tak dapat tdow pon tahle tak tau kenape.. nak taw ape kami buat ? kami menikmati air LATTE DUTCH LADY ( diperkenalkan oleh one of my friend's sis, qiqi ) lazat tak terkata plus chocolate yang amat amt aq gemari which crunchie cadburry.. =)

~All about CHOCOLATE~

Dah penat membebel di sinie yokla tengok aktiviti macam byase kami ahli genk Deep Doo Doo which are snap a lot of pict. Sampai ketemu kalian lagi ( waduh mane datang sleng indon plak nie haha =)

~ Guava Juice + Orange Juice ~

~ Starving giler time nih ~

~ Oja plesing lebey ;p ~

~ Pose yang ayu dari kami ahakz ~


~Besties Forever Dear ! ~

P/S : Tomorrow got muet test.. OMG not fully ready yet.. By the way, wish me luck okies~~ adios all.. =)



Tuesday, October 27, 2009

Through my window..

Lagu nie sedap plak aq dengar.. gender music dye sesuai dengan jiwe aq.. banyak kali aq dengar lagu nie kat corong radio tapi tak pernah tahu sape yang nyanyikan lagu nie.. tapi dari awal aq dengar aq amat kompem BUNKFACE punye song nih.. agak2 you all btowl tak tekaan aq nie ??? =)

kalau u all rase2 tak caye pe aq cakap nie u all bley klik web kat bawah nie.. besides tat kat bawah nie ade lirik dye.. yok dengar.. Now there's me and you lalalala

klik sini !


THROUGH MY WINDOW

  • Don’t want much, I just want everything
  • Thought that I could, do almost anything
  • One step in front of the other
  • Thought that I could do it alone
  • In the blink of an eye, it’s just another day
  • Telling me why, I’ll find another way
  • Got this feeling, got me reeling
  • I can almost start believing
  • Now there's me and you
  • And we are not alone
  • You and me
  • We are together now
  • Through my window, I can see there’s
  • More than you and more than me
  • Me and you
  • And we are not alone
  • Different view
  • We are together now
  • Through my window, I can see
  • Our wildest dreams could be so real
  • I see a spark, it starts a fire
  • Is this the one worth waiting for?
  • Thought that I could do it without you
  • Can’t exist like this anymore



Saturday, October 24, 2009

Sakitnya Rindu..

ayah dan ibu..
ayah dan ibu..
itulah permulaan kami..
dapat melihat bulan dan matahari..
yang dikurniakan dari ilahi..
ayah dan ibu..
ayah dan ibulah mesti dihormati..
ayah dan ibu..
wali2 keramat..
pada mereka kita beri hormat..
pakailah tunjuk ajar dan nasihat..
supaya hidup supaya hidup kita akan selamat..
Tatau nape saat nie rindukan sangat ibu dan ayah.. sume kenangan macam datang mengimbau kembali. airmata macam hujan lebat yang sedang membasahi bumi. lagi2 terkenangkan arwah ayah. senyumannya, gurauannya buatkan aq kembali ke masa itu. tapi saat dye terlantar saket tiada lagi gurauan dan senyuman dibibirnya. dye sedang merintih kesakitan. andai saat itu dapat diulang pasti aq akan sentiasa bersamanya. dan tika hari pemergiaannya saat aq berada di hadapannya untuk menciumnya buat kali terakhir aq dapat melihat airmatanya jatuh. adakah airmata itu tanda dye pergi dengan tenang atau tak sanggup meninggalkan kami ?? tinggallah persoalan di benakku..
mereka ibarat sehati sejiwa. selepas arwah ayah pergi meninggalkan kami ibu seperti tidak mampu meneruskan hidup tanpa suami terchenta. sayapnya ibarat patah sebelah. aq amat memahami perasaanmu ibu.. tapi apakan daya aq tidak memahamimu tika itu. kau terlalu tabah menempuhnya walaupun cuma bertahan selama 11bulan. selepas itu kau mengikuti suamimu yang terchenta. tinggalkan kami tanpamu ayah dan ibu. dulu kau selalu bersamaku sehingga seminggu sebelum kau meninggalkanku aq berasa kau sangat jauh denganku. pertemuan kita sebelum kau ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan adalah pertemuan terakhir kita bu.. selepas tu kau tak balik menjengukku lagi kerana kau tinggal sementara dengan maklang. dan pada hari pemergiaanmu aq tak sempat untuk melihatmu lagi kau berada dalam koma. sedarkah kau tentang kehadiranku tika itu bu ? tak lama kau bertahan beberapa jam selepas itu kau menghembuskan nafas yang terakhir. aq telah sah menjadi yatim piatu tika itu. hanya Allah yang tahu perasaan aq tika itu.
aq teringat ibu pernah berkata padaku yang dye suka sangat lagu jangan pisahkan.. setelah aq hayati bait2 lagu tuh baruku tahu ada maksud tersirat disebalik lagu tuh.. jangan pisahkan mereka..
Jangan Pisahkan
Biar cinta
Terhalang gunung dan samudera
Aku tetap
Memegang janjiku padamu
Biar jurang
Yang terjal ada didepanku
Takkan goyah
Sumpahku kepada dirimu
Kita bagai kumbang dan bunga
Hatiku pasti hatimu jua
Namun mengapa ada saja
Yang benci tulus cinta kita
Jangan pisahkan, aku dan dia
Tuhan tolonglah, ku cinta dia
Biarkan kami tetap bersama
Di dalam suka dan duka
maafkan anakmu ini.. aq doakan moga ibu dan ayah ditempatkan bersama dengan golongan yang diredhai Allah.. =(



3 Tanda Si Dia Suka Pada You All ( for gurlz )

Boyz memang sukar untuk menunjukkan dan mempamerkan perasaan hatinya pada gurlz2. Byasenya mereka cuma akan memberikan signal2 kecil aje pade gurlz2 yang mereka sukai. Adakalanya kita tidak pedulikan. Bahkan kita buat tak tahu sahaja. Alamak ! ruginye... hehehe


1. Berceritan tanpa batasan..

Walaupun takde perkara yang penting tetapi si dia kerap menelefon atau SMS u all. Setiap kali u all membalas ceritanya si dia akan membalas ungkapan2 u all tuh 2 kali lebih panjang supaya perbualan u all tak terhenti di situ. Keinginan dia untuk mengenali u all dengan lebih dekat lagi cuma boleh direalisasikan menerusi telefon dan SMS. Si dia menaruh harapan agar ikatan tersebut akan membuatkan u all berdua menjadi semakin akrab dan ini bermakna peluangnya untuk mendekati u all semakin terbuka luas gitu !


2.Peneman setia..

Si dia suka sangat mengajak u all berdua keluar bersama. Menonton wayang, mencuba menu baru di kafe kegemarannya, menemaninya membeli hadiah untuk adeknya, atau ape jua aktivitinya dan u all akan menjadi orang pertama yang akan diajak untuk menemaninya. Sebenarnya si dia berasa sangat selesa berada disamping u all dan ingin menghabiskan banyak waktu berduaan. Cuma kerana belum ada status, jadilah dia pengarang hebat dengan seribu sejuta alasan agar boleh berada dekat dengan u all.


3.Lebih banyak menurut..

Si dia sudah banyak kali menonton filem yang ingin u all tengok, tetapi si dia tetap tidak keberatan untuk menemani u all. Membiarkan u all memutarkan lagu ' Love is you ' ( ten 2 five ) berulang kali di kereta padahal u all tahu si dia peminat setia My Chemical Romance. Ini bukan sembarangan kompromi, kalau u all lihat
p/s : ha sekarang mesti u all dah perasan sape yang suke pade u all kan ? kan ? kan ?



Sunday, October 18, 2009

Papadom oh Papadom..

Jumaat lepas pergi jalan2 kat city square with my klik2 which is cik ma n cik bo.. niat nak shoping deepavali tapi seems like barang2 nak raya dah cukup so kiteorang just jalan2 jelar.. hehe ( tak malu tol nak sambut raya orang haha ) before that teman cik bo pergi converse beli kasut huhu aktiviti yang lame dah tak buat iaitu tengok MOVIE !!!! kami terus menuju ke level 5 tok beli tiket.. yes ! movie papadom masih kosong.. tak sabar nak tengok.. =)


Filem nie mengisahkan Saadom adalah seorang pengusaha kedai makan yang terlalu kuat bekerja sehingga berjaya mengejar impian hidupnya, namun dia gagal dalam tanggungjawabnya sebagai suami kepada Munira dan ayah kepada Miasara. Situasi ini berubah apabila Saadom kehilangan isteri kesayangannya yang mati dalam satu kemalangan ketika ingin melihat anaknya menerima anugerah di sekolah selepas suaminya memberikan alasan sibuk. Sebelum itu, Munirah sempat berpesan agar suaminya akan sentiasa menjaga anaknya seperti mana menjaga kerjanya. Sejak itu Saadom tidak lagi seperti dulu, ke mana saja anaknya berada dia sentiasa berada di sisi. Sehinggalah saat berpisah apabila Miasara ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya di IPTA. Miasara tidak lagi mahu ayahnya mengikutnya ke Kuala Lumpur dan mengugut akan berhenti belajar sekiranya tidak patuh arahannya. Saadom akur dengan kehendak anaknya, namun di sebalik itu Saadom punyai rancangan untuk memohon jawatan sebagai tukang kebun di IPTA tempat anaknya belajar agar dapat sentiasa melihat anaknya. nak tau ending nye ??? watch by your own k.. bawu besh.. this film is awesome ! thumbs up ! mesti tengok ok ??? hihi

after tengok movie kiteorg jalan2 jap and then balek sudah.. layan pict2 kami yang kiut miut nie k haha jangan perasaan cik aten uiii....

* City Squre, Johor Bahru *

* macam nak tengok lagi jeq huhu *

* mane u nie, penat i tunggu taw *

* my sweet fwen ieka a.k.a bobo *

* orang kata mereka kembar ? kembarkah mereka ? *

* i will mish u all when we're separate *




Tuesday, September 29, 2009

Raye oh Raye..

setelah kita berpuasa sebulan, musim raya telah menjelma kembali..pasti semua tertunggu-tunggu 1 syawal tu kan.. yela bulan syawal kan tanda kemenangan umat islam setelah berperang pada bulan ramadhan.. tp kita kena lah eklaz dalam berperang tu, ye dak ?? (isk, dah mcm bagi ceramah plak ye hihi )

sebenarnya aq dah plan takmo raya sakan tahun nie ( konon candidate stpm ) tp nampaknye mcm tak menjadi jeq plan aq tuh.. bab cuti aq tu terisi dengan berjalan raya hihi shoping tu pown termasuk sekali la ye dalam program berjalan raya..

raya pertama aq mungkin tak semeriah kawan-kawan yang lain mcm beraye di kampung bab aq beraya di bandar jeq ( tak dpt rase suasana kampung )..pagi raya tuh aq banyak duduk depan tb jeq ( layan citer musim raya nih ).. juz raya kedua barulah kami balik ke melaka ( dpt rase sikit jeq suasana kampung )

walaupun aq lambat update blog nie, tp mesti kita semua masih dalam mood raya kan ?? tp yang pasti STPM bakal menjelang tak sampai dua bulan lagi ( afraid 2 hear that ) tp itulah realitinya..
doakan kejayaanku ye..amin ! =)

''pose di raye pertama"

"raya kedua di kampung tercinta"

time nih g beraye kat shoping kompeks..

sepupu sepapatku..

takde keje time nih so kami diarahkan untuk snap pict byk2..

nilah family besar arwah ibuku.. ramai ker ??

p/s : masih belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kan ?? andai ada tersalah kata, terguris rasa minta dihalalkan.. kepada semua blogger2 yang akan menghadapi test tuh wish you luck ye.. pray for me too.. ?? =)




Friday, September 18, 2009

Enjoy seketika..

Mesti korang terpk nape aq tulis title kat atas tu an ?? nak taw nape.. ? aq dapat enjoy seketika jeq bab pas abez cuti raye nie ade test lagi.. pagi tadi aq tak sabo tol nak abezkan test tok arynie.. bab sebelah petang nak kuar dgn membe2.. juz aq , oja dan salma jeq yang meluangkan mase bersame2 tadi.. leader of all this sungguh selebet taw,, dye yang plan p last2 dye cancel it.. gewam jeq huhu

Kteowang set time kol 2.30 p atas janji melayu kteowang gerak lam kol 3.30 kot urm sumthing like tat lar.. sesampai jeq kteowang kat cs kteowang kene book tempat makan duluw.. asalnye nak break fast kat vivo p atas sebab2 tertentu kteowang terpakse book kat secret resipe huhu after tat kteowang ke kotaraya tok jalan2 sebelum berbuka.. dah penat berjalan kat kotaraya kteowang pg cs balek.. beshnye shoping ( tak rase penat pon hihi )

Pas berbuka 2 kteowang sambong keje kteowang iaitu shoping hihi lyke shoping veli much muahahaha ! oja carik kasut dan aq sempat carik beg.. sonok sangat maklumlah dah lame tak jalan kat cs.. dan nak dijadikan citer membeku sorang nie nak karoke so kteowang pg lar innercity kat cs tuh.. pelik nape box song sume kosong..?? kteowang pon masok aq lar yg pg beli coin dan nak dijadikan citer lagi sebenarnye box song 2 dah tutup hahahaha salah sowang membe aq nie dah siap pegang mic nak nyanyi hahaha aq bawak dowang kuar dari situ dan aq memang tak dapat tahan aq ketawa berdekah2.. malang sungguh naseb u all ye ! hihi dowang pon turut ketawe bile aq citer sumenye..

Sebenarnye kteowang sedang menunggu abg oja nak ambek kteowang kat cs dah penat sgt time 2 kteowang tunggu kat luar cs ( depan mcd ) kebetulan ade mamat2 lepak situ sebok ngacau kteowang.. yg tak bley tahan suke2 jeq nak amek pict kteowang an.. dahle tak mintak kebenaran sedap2 jeq nak capture aw.. tak tahan punye pasal kteowang blah dari situ dptla dgr sore2 tak puas hati ( rakyat malaysie memang begitu huhu ) dan dlm 5minit gtu abg oja sampai.. kteowang tgk mamat2 tuh cam pandang kteowang p lantak ar kteowang tak kacau awak sume an so jgn kacau kami huhu

Dalam kol 9.50pm gtu kteowang menuju ke jusco permas jaya plak..abg oja nak carik baju raya katenye..p kteowang mcm byase ar..kami giler snap haha penat lar bebel mata pon dah terbayang2kan bantal dah.. layan jelar pict2 dr kami yg giler snap nie ye.. =)




Hope enjoy ya read my blog.. =)



Tuesday, September 15, 2009

Apelah naseb ini..

Raye dah tak lame pon lagi..dengan exam yang belom abez lagi..arrrghh ! paham2 lar exam dah nak raye nie pale sume dah pk shoping raye, wat kueh raye, cat rumah dan macam2 lagi lar..p 2 sume membe2 aq bkn aq..aq tak tahu kenape taun nie aq begitu gembeng huhu jap2 air mata aq mesti jatuh..nie sume gara2 membe aq yang menyentuh sensitiviti aq..

P seyes aq da lame tak menangis time nak dekat2 raye nie..p disebabkan perkare 2 aq teringat sume kenangan aq bersame familyku duluw..aq rindukan mereka..air tangan ibuku..kadang2 aq pk yup emang aq ade wet aq boleh beli ape saje aq nak p dalam bab kasih sayang aq merasai kekurangan..kalau dulu aq lah orang yg tak sabar nak raye p sekarang tak lagi..

Dan tadi orang yang aq sayang dan yang aq fahami bagitau aq kami tak dapat beraye bersama..bulan puasa nie pon kami tak sempat berbuka bersama dan tak mungkin kot huhu emang hati aq cukup sedey p apelah daye aq kan..cume aq belom mampu nak berbicara dgn dye..tah aq tak tahu kenape p pasal raye 2 aq tak kesah sangat yg wat aq terasa bile di penghujung ramadhan nie pon aq masih tak dapat berjumpenye..

T ade mase aq sambung lagi k..aq ade keje yang perlu dilaksanakan..




Sunday, September 13, 2009

Merayap..merayap dan merayap..

Semalam aq kuo dgn geng gagak itam ( suke2 jeq bg name pd dowang ahakz~~ ) di mana mereka2 tuh terdiri drpd ungku,arr dan jojo.. ingat nak ajak jagogot sekali tp dye nak pg rumah makcik dye plak huh~! so aq sowang jelar gurl yg join dowang.. bdw aq tak kesah sgt lagipon budak2 nih kepale sume sepesen dgn aq ( ni bkn nyumpat k, realiti ! )

Our first destination ialah ke Danga City Mall.. urm nie lar first time aq menjejakkan kaki ke mall tuh..walaupon mall 2 dekat dgn bando p aq blom pernah sampai pon ke sane.. mall nie mcm menyepi sikit lorh berbeza dgn mall2 laen.. yela bayangkan mall2 laen kat jb nih dah penuh dgn orang seminggu sebelum raye ni p kat situ emang kosong tak ramai pown.. memang cukup pernafasan nak berjalan haha! kami ke situ semata-mata nak beli poster pasukan bola sepak geng gagak itam nih.. aq nie peminat liverpool jadik nak dijadikan cerita ade satu frame pasukan liverpool terletak di lantai..

Jojo : ten, ko tgk nie betape rendahnye martabat liverpool kaw..ade ker letak kat lantai..patot lar liverpool dah kat bawah haha
Arr : tgk MU gah di atas ( agk nyampah gek dgr statement tuh lorh! )
Ungku : yela jo chelsea kaw tuh je yg terer haha
Jojo : well, tgk lar pasukan sape huh
Atin : ha dah2 yok balek, wat saket aty jeq dok lame2 kat sini huhu

Destination seterusnye ke Plaza Angsana..nak diikutkan dalam bulan ni dah 3kali aq pg sane..buhsan gak aq diwatnye p layan jelar pale dak2 nie..situation kat sini amat berbeza tol dgn kat Danga City Mall cukup pack dgn orang..yg paling wat aq tak tahan bile lalu dpn dunkin' donuts..mcm nk terkeluar sumenye huhu dgn speed yg agak laju aq tinggalkan dak2 ni dan lari ke tempat laen..fuh lega ! pernafasan aq kembali normal..setelahhampir satu angsana 2 kami jalan aq tgk dak2 nie blom beli pape..

Atin : ku, pe yg kaw carik sebenarnye kat sini dok?? tadi cakap kat sane 2 mcm tempat org bercinta kan ha kat sini pon mcm tempat org bercinta jugak ker..??
Ungku : =) ( wat senyum kera ) tahle, takde yang berkenan di hati..
Atin : kaw nie mcm gurl lar, cerewet tol huhu

Last2 aq tgk kat tgn dye ade barang.. ade jugak yg berkenan di hati ye ku haha time tuh seingat aq dah pukul 3lebey..arr dah bising nak balek sebok nak g keje.. ni lar dye kalo jalan dgn org laki jap je dah nak balek.. aq mcm nak turunkan dye kat tepi jalan jeq aw.. seb baek bkn aq yg drive hihi kteowg pon terus menghala ke permas jaya.. dalam perjalanan pulang tuh dgrlah celoteh arr yg suke cakap mepek tuh..sume tempat kat jb nih dye nak citer ade kenangan dgn bekas2 awek dye.. last2 kteowg berbual 3 orang jeq malash nak layan mamat tuh dgn kenangan dye haha

Thanks guys,, hiburkan aty aq semalam.. ( yela pakwe jauh nun di kedah huhu ).. ade mase kite kuo ag ye geng !

salam penhujung ramadhan : are-TIN ~~~~

PEACE tok you all..!


Tuesday, September 8, 2009

Bohsan...Besh wat nie.. =)

Name 7 things about yourself that people might find it interesting .

- i'm still cool when i was in trouble..
- sometimes i'm not believe in myself..
- laughing makes my life full of happiness..
- i can eat a lot of cheap doughnut but not the expensive one!
- i hate people those who are cheating me..
- i'm not a perfect person what you think about..
- experience set up me more matured..

RULES:
1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag 10 friends.
5. Everyone tagged has to do the same thing.
6. Have Fun!

IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
>> wonderpets

HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
>> kau dipaksa aku terpaksa ( scan )

WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
>> cinta ini membunuhku ( d'massive )

HOW DO YOU FEEL TODAY?
>> just so you know ( jesse mcCartney )

WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
>> bleeding love ( jesse mcCartney )

WHAT'S YOUR MOTTO?
>> do you ( piring hitam )

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
>> helah ( sodo )

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
>> dibius cinta ( melly goeslow ft yusry )

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
>> bourgenvilla ( spring )

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
>> kau tetap dalam anganku ( azie )

WHAT IS YOUR LIFE STORY?
>> burnin' up ( jonas brothers )

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
>> permata yang dicari ( dehearty )

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
>> bukan superman ( the lucky laki )

WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
>> i'm yours ( jason marz )

WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
>> akulah kekasihmu ( axl's )

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
>> secret valentine ( we the kings )

WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
>> a lonely september ( plain white t's )

WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
>> bintang ( statik )

WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
>> tak tahu antara dua ( farah & adam )

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
>> dalam gerimis (visa )

WHAT WILL YOU POST THIS AS?
>> silly lily ( bunkface )

done!

now it's you turn people :))

1. anda
2. awak
3. saudari
4. saudara
5. encik
6. cik
7. kamu
8. kalian
9. you
10. sape2 yang nak mencube! :)

selamat menjawab k...

JUJUR!!!


Friday, September 4, 2009

EXAM!!!!!! Trial sudah bermula..

Tadi trial STPM sudah bermula..

Subjek : pengajiam am 2
Masa : 9.10 am

Peh arynie start trial arynie gakle nak wat penutupan bulan merdeka..sabo jelar kan..time kat perhimpunan 2 jantung mcm nak terkeluar pon ade nak tunggu 9.10am tuh huhu dan bila sampai waktunye huh "dup dap dup dap" jantung aq..p wat aq nak ketawe sgt time perhimpunan 2 bila kelas aq menang keceriaan kelas sempena bulan merdeka bab kteowang emang tak target menang pon time 2..bila nama kelas terpacul di bibir cikgu ( ceh,ayat pujangga ) agak bangga jugak lar haha!

Bila paper sudah berada di tangan soklan pertama yang aq jejaki bahagian E..Alhamdulliah ade soklan carta alir..aq bersyukur sgt2 hihi penin aq nak menjawab soklan ag 1 yang berbentuk carta pai 2 aq tak pandang langsung soklan berbentuk carta pai tuh hahahaha

Tepat jam 12.10 paper sudah mula dikutip tp aq masih terkial2 nak menulis nama ( shengak tol ) dan akhirnya aq siap jugak..habez da peksa am2..seterusnya>>>>

Subjek : pengajian am 1
Masa : 7.45am
Tarikh : 7hb september 09 ( isnin )

T aq sambung coretan aq..
k dada! =)


Sunday, August 30, 2009

hepy national day,malaysia!!!!!!

sok genapla tanah tumpah airku berusie 52tahun..tue dah negara nie an???p malaysia da banyak wat perubahan dari dulu sampai sekarang..aq bangga jadi anak watan negara nie...

MALAYSIA ape????
MALAYSIA boleh..!!!!!hihihihi


Friday, August 14, 2009

Bufdayku..


semalam genap umurku 19tahun..da besar da aq nie an hihi p aq tak rase hepy pon bufday taun nie..tak tau ar nape huhu p yang wat aq ketawe pade ary 2 mengenangkan kawan2ku wat keje giler..selame 18taun aq idop nie tak pernah lak aq terkene mcmgnie selalunye dgr cite owang jeq..p semalam aq terkene akhirnye huhu

mcm nie citenye..mase pgi 13 ogos 2 aq tak tidow ag tunggu clik2 aq send mcet..p sowang pon takde mcet aq wish hepy bufday aw..sedey gek ingatkan dowang lupe huhu aq pon jenis tak kesah takpela aq pk mungkin sok kat skola dowang wish..soknye dowang sume wat budu jeq mcm biase aq nie sabo jelar hahaha kebetulan arytuh ade kelas tambahan so balek lambat cket..abez kelas marni ajaq aq p toilet teman dye..then kteowang pon balek ar huhu sampai kat luar skola tetibe marni simbah air kat aq..aq emang gewam giler time 2 then dowang kap epy bufday..aq terpakse ar melarikan diri sebelum diriku basah lencun haha mereka tak berjaya mendapatkan aq juz dapat simbah dari jauh jeq haha

aq ingatkan da abez upenye sambong dengan upacara baling tepung plak..cukup menguji iman btowl..abez baju n tudung aq melekat dengan tepung..emang aq lari selamatkan diri..sampai tak benapas aq di buatnye..akhirnye aq terduduk penat n longlai..( 2 pon lepas tepung da abez hihi ) p aq cukup bersyukur bile dowang punye plan cukup giler nak baling aq dengan telur,lada itam,air nila tak menjadi..ALHAMDULILLAH..=)

Thanks pade OJA, SONTOT, SALMA, MARNI, BOBO, SAREP n QILA (telibat secara xlangsung) bab wat ary 2 pengalaman yang tak dapat aq lupekan..lab u all..muahx3



Monday, August 10, 2009

Majlis Memeterai Janji & Semarak Kasih Pelajar Pra-U..

Majlis nie diadakan pade sabtu lepas bersamaan 8 ogos 2009 bertempat di KOMPLEKS MAWAR..such a great event i think..ramai gak yang datang on that day,,thats why mcm meriah cket..temanye kasual HITAM & MERAH..tu lar kowang nengok pict nie sume banyak hitam merah hihi papepon i enjoy mase tuh walaupon hanye tercalon dalam senarai queen of the day (shalina yang menang)..thanks pade wakil MPPU 09/10 yang berusaha meraikan kami..May ALLAH bless u all..=)


video


Ha nie plak the best teacher that i ever had..namenye PN HAMIDAH HASSAN..aq baek dengan dye..owez care about me..banyak bagi kata2 semangat pade aq..aq syg ketat2 kat teacher aq nie..semoga teacher bahgie dunie n akhirat..she quite cute ryte..???but still gorgeous to me hihihi =)


Mereka nie sungguh bertuah pade majlis tersebut..sebab dowang nie telah mendapat anugerah spesel cket hihi

ANUGERAH KING OF THE DAY : UNGKU AZRUL
ANUGERAH QUEEN OF THE DAY : NOR SHALINA


Membe baek yang sentiasa berada disisiku..banyak kenangan tercipta bersamanye..banyak dugaan dilalui sepanjang menjalinkan persahabatan dengannye..namun kami masih lagi bersame (chewah..ayat bunge2 ckit hihi )


kenangan bersama mereka akan dikenang..